Kerajaan Madani Gred ‘D’, Lawatan PMX Ditaja Syarikat Swasta, Jururawat Kerja 45 Jam Seminggu
Listen now
Description
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 133 antaranya membincangkan gred ‘D’ yang diberikan oleh Bersih kepada Kerajaan Madani sepanjang dua tahun mentadbir negara serta isu lawatan Perdana Menteri yang dikatakan 70%-80% ditanggung oleh syarikat-syarikat swasta. Keluar Sekejap juga mengulas tentang transformasi LTAT yang terbantut akibat pemberhentian pelan penstrukturan semula seperti dilaporkan oleh PAC dan 620,000 rakyat Malaysia yang bakal hilang kerja seperti dilaporkan TalentCorp. Keluar Sekejap juga menyentuh tentang arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang memerlukan jururawat bekerja tambahan tiga jam seminggu serta ‘Super App’ yang hendak dibangunkan oleh MOH untuk perkhidmatan kesihatan. Episod 133 Keluar Sekejap ini ditaja oleh foodpanda. Dapatkan diskaun RM10 dengan memasukkan kod 'SYOK10' apabila anda membuat pesanan melalui foodpanda*. *tertakluk kepada terma dan syarat Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
More Episodes
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 132 memberikan penghormatan kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 13 November yang lalu.Dalam episod ini, Keluar Sekejap membincangkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam...
Published 11/19/24
Published 11/19/24
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 131 bersama tetamu khas YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang antaranya membincangkan perjalanan dan perjuangan politik haluan kiri serta kritikan-kritikan terbuka beliau melalui penulisan. Episod ini juga menyentuh tentang prinsip Kerajaan Madani...
Published 11/12/24