Perbincangan E.45 Jangan Takut, Percaya Sahaja kepada Yesus Mesias (Lukas 8:49-56)
Listen now
Description
lanya memerlukan iman untuk Yairus "sujud pada kaki Yesus dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya kerana anak perempuan tunggalnya... hampir mati" (Lukas 8:41-42). Tetapi apabila orang ramai dan seorang wanita yang menghidap penyakit melambatkan perjalanan Yesus, iman dan kesabaran Yairus diuji. Namun begitu, iman Yairus mungkin dibangkitkan semula apabila dia mendengar Yesus berkata kepada wanita yang telah disembuhkan itu, "Anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu..." (v.48). Tetapi sekali lagi iman Yairus diuji apabila seorang utusan berkata kepadanya, "Anak perempuan tuan telah mati..." (v.49). Bagaimanakah perubahan iman Yairus turun naik tetapi tetap ada menggalakkan iman kita? Bagaimana Yesus memberi harapan kepada Yairus? Dan, kenapa kita harus sentiasa mengarahkan mata kita kepada Yesus untuk iman kita? Untuk mendengar episod podcast berkaitan dengan petikan ini, pergi ke Spotify 🔗 https://open.spotify.com/episode/6E1JtDwMZXsMVAyf6ZFoOY?si=5NIeDDj_QYOC1v-B6oSyuQ #ServeToLead #PreachTheWord #Injil Lukas
More Episodes
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24