Tun Daim Dalam Kenangan, Malaysia Iktiraf Israel?, PTPTN Henti Biaya, Reformasi Kawal Selia Media
Listen now
Description
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 132 memberikan penghormatan kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 13 November yang lalu.Dalam episod ini, Keluar Sekejap membincangkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancaranya yang disiarkan baru-baru ini bersama Richard Quest dan pendirian Malaysia terhadap Israel.Selain itu, Keluar Sekejap turut menyentuh mengenai cadangan PTPTN untuk menghentikan pembiayaan kepada kursus universiti dengan kadar pembayaran balik kurang daripada 30%, cadangan Kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta video Datuk Seri Ahmad Maslan yang tular berhubung titah adendum tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak.Episod 131 Keluar Sekejap ini ditaja oleh foodpanda. Dapatkan diskaun RM10 dengan memasukkan kod 'SYOK10' apabila anda membuat pesanan melalui foodpanda*.*tertakluk kepada terma dan syaratBagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
More Episodes
Published 11/19/24
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 131 bersama tetamu khas YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang antaranya membincangkan perjalanan dan perjuangan politik haluan kiri serta kritikan-kritikan terbuka beliau melalui penulisan. Episod ini juga menyentuh tentang prinsip Kerajaan Madani...
Published 11/12/24
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 130 membincangkan secara terperinci kerugian pelaburan yang dialami Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet. Episod ini juga menyentuh berkenaan skandal kartel dalam melibatkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Isu-isu...
Published 11/04/24