Lukas 13:1-9 Jika Kamu Tidak Bertaubat, Kamu Akan Binasa!
Listen now
Description
Jika Tuhan Yesus Mesias berkata kepada kita sekarang sebagaimana Dia berkata kepada orang ramai dalam Lukas 13:1-9, saya berimaginasi Dia berkata begini: "Adakah kamu menganggap 1,400* orang Israel dalam serangan pada 17 Oktober 2023 lalu lebih berdosa daripada semua penduduk Israel yang lain kerana mereka dibunuh dengan kejam oleh para pengganas Hamas pada hari itu? Tidak! Jika kamu tidak bertaubat daripada dosamu, kamu akan binasa sedemikian juga. Bagaimanakah pula dengan 33* ribu orang Palestin yang mati apabila Israel menyerang balas? Adakah mereka lebih bersalah daripada semua penduduk lain di Gaza? Tidak! Jika kamu tidak bertaubat, kamu semua akan binasa sedemikian juga" 😯 Yesus tidak berkata siapa yang lebih berdosa dan lebih bersalah - SEMUA KITA! - tetapi "jika kamu tidak bertaubat daripada dosamu, kamu akan binasa sedemikian juga" (Lukas 13:3, 5) 🫵 Dengar episod penting ini! 👂#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
More Episodes
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24