Perbincangan E.39 Siapakah Yesus Ini Yang Boleh Mengampunkan Dosa? (Lukas 7:36-50)
Listen now
Description
Yesus Mesias penah berkata kepada orang ramai: "Ketika Anak Manusia datang, Dia makan dan minum lalu kamu berkata, 'Lihatlah Dia ini... kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa'" (Lukas 7:34). Ini ialah tanggapan orang ("kamu berkata") yang negatif dan TIDAK BENAR kalau mereka berfikir bahawa Yesus meluangkan banyak masa, memiliki carahidup, dan mengeyakan dosa mereka ❌ Tetapi, tanggapan ini lama-kelamaan menjadi panggilan yang positif kerana MEMANG BENAR bahawa Yesus mengasihi, mendekati dan menarik minat ramai orang berdosa ✔️ Dalam petikan ini, selepas mendengar Yesus ada di kota, "seorang perempuan yang hidup dalam dosa" (Lukas 7:37) datang kepada-Nya. Apa reaksi Simon orang Farisi? Apa respon Yesus Mesias? Bagaimana tindakkan perempuan berdosa ini mengajar kita untuk mengasihi dan mengimani Tuhan? 🤔 Dengar penjelasan yang lebih lagi melalui episod podcast ini 🔗 https://open.spotify.com/episode/52ATsTuXrMAkdBQpjNhSB4?si=Wf7tMX6gSrKLo78GhvnUtw #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
More Episodes
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24