Perbincangan E.40 Ibarat tentang Para Pendengar Firman Allah (Lukas 8:1-18)
Listen now
Description
Jika kamu pergi ke kitab Injil Lukas bab 8, kamu akan melihat ada tajuk yang diberikan "Ibarat tentang Seorang Penyemai" atau "Perumpamaan tentang Seorang Penabur." Mungkin kamu tidak tahu atau tidak sedar atau kadang-kadang lupa bahawa tajuk itu ialah bukan sebahagian daripada firman Allah. Ia diberikan supaya kita boleh mengetahui gambaran besar tentang petikan firman itu. Apabila saya mengkaji petikan dalam Lukas 8:4-15, sebenarnya ia BUKAN ibarat tentang "Seorang Penabur" atau "Benih yang Ditabur" TETAPI "Ibarat tentang Tanah (atau Tempat) Benih itu Ditabur" atau "Ibarat tentang Para Pendengar Firman Allah" 🌿 Apa yang dimaksudkan dengan setiap empat (4) tempat benih firman Allah itu jatuh dan contoh-contohnya? dan apakah pengajaran-pengajaran penting untuk para penabur dan pendengar firman Allah pada masakini?🍃#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas Untuk mendengar episod-episod podcast berkaitan dengan petikan ini, KLIK LINK yang disediakan: Yesus Mesias & Martabat Perempuan dalam Perjanjian Baru 🔗 https://open.spotify.com/episode/44TL3XbfRGfJhLwtllVgz4?si=tn57b5V8Q3Og2OFbF8-ySg Kenapa Yesus Mesias Mengajar Melalui Ibarat atau Perumpamaan 🔗 https://open.spotify.com/episode/4YKCUVOwZgpou41A58jL0o?si=yQfsTxJ5TYqMBBtv25N4gQ Beberapa Pengajaran Penting untuk Penabur & Mendengar Firman Allah 🔗 https://open.spotify.com/episode/0SXayupLbxvdJwBu0JEwvD?si=u18b-RF7R7GDZquL-0cD_Q Iman Kristian Yang Eksklusif dan Inklusif 🔗 https://open.spotify.com/episode/4JnvFaXhgMaQfmH4Z8OgYZ?si=EKr8K3j2Sg6LVjdfO7fQwA
More Episodes
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24