Lukas 14:25-35 Pertimbangkan Dahulu... SEBELUM Menjadi Murid Yesus Mesias
Description
Apabila Yesus Mesias menyatakan kebenaran, Dia tidak hanya berkata tentang hal-hal yang indah tetapi juga realiti yang disebaliknya. Contohnya, Dia berfirman tentang menikmati hidup kekal atau menanggung hukuman kekal; bertaubat dan diselamatkan atau enggan dan binasa; masuk ke dalam kerajaan syurga atau dihumban ke neraka; dianiaya kerana mengikuti-Nya atau disukai kerana menyangkal-Nya. Semua ini bergantung kepada respon kita kepada-Nya ⚖️
Oleh itu, sebelum kamu - yang berada di hujung-hujung tanduk - menjadi murid Yesus, pertimbangkan dahulu, fikirkan dahulu, dan membuat perhitungan dahulu. Kos dan kesan. Mengikuti-Nya sampai akhir ✔️ atau tidak langsung ❌ Bagi yang sudah menjadi murid Yesus, adakah kamu akan komited sampai akhir? Bagi yang sedang mempertimbangkan, adakah ia berbaloi? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis.
Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24