Perbincangan E.42 Siapakah Yesus Ini Sehingga Angin & Ombak Mengikut Perintah-Nya? (Lukas 8:22-25)
Listen now
Description
Dalam Kitab Mazmur, apabila orang "berseru kepada TUHAN (YHWH) dalam kesusahan mereka, [Dia akan] membawa mereka keluar daripada segala keazaban mereka. Dia menenangkan ribut; maka laut tidak bergelora lagi. Maka mereka bersukacita kerana telah tenang..." (107:28-30a). Yesus Mesias juga melakukan hal yang sama. Yesus "mengherdik angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segalanya tenang" (Lukas 8:24) 😲 Ini soalan Yesus kepada para murid-Nya - dan kepada kita juga - "Dimanakah kepercayaanmu?" (v.25a). Ini persoalan yang harus kita renungkan. Tetapi soalan para murid Yesus kepada-Nya - yang kita juga harus tanya - sama pentingnya, "Siapakah Dia ini sehingga angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya?" (v.25b). Menurut kamu, siapakah Dia ini? 🤔 Dengar episod podcast berkaitan dengan petikan ini melalui Spotify 🔗 https://open.spotify.com/episode/1oooIZ76HTfSiEpy7wTQIC?si=u-RBOV12SCKMmfwjjJ1YMQ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
More Episodes
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24