Lukas 15:11-24 Bapa Mengasihi: Menyambut Anak Yang Hilang!
Listen now
Description
Yesus Mesias ialah GURU yang genius. Dia menceritakan suatu ibarat dengan sangat menarik dan penuh dengan kebenaran 📖 Yesus ialah PENYELAMAT yang tulus. Dia mahu agar melalui ibarat ini para 'pendengar' iaitu para pendosa diselamatkan dan para guru agama bergembira apabila seorang yang berdosa bertaubat 🫂 Yesus ialah ANAK ALLAH yang menunjukkan hati Bapa. Sebagaimana anak bongsu yang telah 'mati' dan 'hilang' dalam ibarat ini mencerminkan keadaan kita (dahulu atau) sekarang, Bapa rindu agar kita bertaubat untuk mendapat 'hidup kembali' dan pulang kepada-Nya agar 'ditemukan kembali' (Lukas 15:24) 🙏 Kenali maksud PERTAUBATAN & KESELAMATAN yang sebenar, dan PENGAMPUNAN & KASIH KURNIA Tuhan yang nyata dengan merenung petikan firman Allah ini (Lukas 15:11-24) ✔️ dan mendengar episod podcast ini ✔️ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
More Episodes
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24