Lukas 15:25-32 Bapa Menyeru: Anak Yang Enggan Kembali!
Listen now
Description
Anak bongsu dalam Lukas 15 sudah "mati" dan "hilang" apabila dia pergi menjual harta pusaka bapanya dan merantau ke negeri yang jauh (v.13). Tetapi apabila dia bertaubat dan kembali semula, bapanya berkata, "Anakku ini telah mati dan hidup kembali; dia telah hilang dan ditemukan kembali" (v.24 dan 32) 🙌 Tetapi tahukah kamu bahawa anak sulung juga sudah "mati" dan "hilang" walaupun dia masih bersama dengan bapanya? 🤔 Wataknya diperkenalkan apabila dia sedang "bekerja di ladang" (v.25) iaitu di luar rumah. Malah, dia dikatakan "tidak mahu masuk ke dalam rumah" (v.28). Kita tidak diberitahu samada dia akan masuk ke dalam rumah atau tidak... ibarat ini berakhir ketika dia masih lagi di luar rumah. Seperti anak sulung ini, adakah "orang Farisi dan ahli-ahli Taurat" (v.2) akan bertaubat atau terus bersungut-sungut? Bagaimana pula dengan kamu yang sedang "mati" dan "hilang"? 🫵 Adakah kamu akan bertaubat dan datang kepada Yesus Penyelamat? Atau masih berada di luar kerajaan Allah? Hey, masuklah! 🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
More Episodes
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24