Description
Kerana iman, walaupun kuantiti iman sebesar biji sesawi, 10 orang yang berpenyakit kusta, apabila mereka datang bertemu dengan Yesus Mesias, mendengar firman-Nya dan mentaati-Nya, mereka sembuh!
Tetapi kerana iman juga, kualiti iman yang berfokus kepada sumber kesembuhan, iaitu Yesus Mesias, hanya 1 orang Samaria mendapat keselamatan! Mendapat kesembuhan itu baik tetapi adakah kamu lebih lagi ingin mendapat keselamatan?
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis.
Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24