Lukas 17:1-4 Jangan Menjadi Batu Sandungan & Terus-Menerus Mengampuni
Listen now
Description
Dalam petikan ini, Yesus Mesias memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebabkan kanak-kanak kecil melakukan dosa, iaitu, menjadi batu sandungan (Lukas 17:1-3) dan pesanan tegas kepada para murid-Nya untuk mengampuni orang yang melakukan dosa kepada mereka (v.3-4). Ini ialah firman yang mencabar! 🙏 Siapakah "kanak-kanak kecil" dalam petikan ini? Bagaimana kita boleh menjadi batu sandungan kepada orang lain - dan apakah hukumannya? Kenapa dan bagaimana caranya kita boleh mengampuni dosa orang terhadap kita? Dan apakah SATU perkara utama yang kita harus minta kepada TUHAN untuk mentaati firman Yesus ini? 🙌 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
More Episodes
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24