Lukas 16:16-18 Kaitan Di Antara Perceraian & Pandangan Terhadap Firman Allah
Listen now
Description
Secara ringkas, dalam Lukas 16, Yesus Mesias mengajar tentang bagaimana untuk menggunakan kekayaan dunia (v.1-12) dan bagaimana untuk TIDAK digunakan oleh kekayaan, iaitu menjadi hamba kekayaan (v.13-15). Kemudian, Dia mengajar tentang topik Hukum Taurat dan perkahwinan-perceraian (v.16-18). Apakah kaitannya diantara topik kekayaan, Hukum Taurat dan perceraian? Bagaimana firman Yesus ini mencabar orang Farisi (v.14) yang ada di sana? 🤔 Sebenarnya, ianya sangat relevan untuk kita juga pada masa sekarang... mari saya terangkan🎙️ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
More Episodes
Dari Lukas 19:28-48, saya melihat empat (4) emosi utama yang ditonjolkan - SUKACITA, apabila Yesus Mesias dalam perjalanan ke Yerusalem, "semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37); SEDIH, apabila Yesus hampir sampai ke Yerusalem "melihat kota itu, Dia pun...
Published 11/25/24
Published 11/25/24
Ini ialah petikan yang sedih kerana dikatakan bahawa Yesus Mesias "menangisi" Yerusalem (Lukas 19:41). Apabila orang ramai dan para murid-Nya "bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat" (v.37), Yesus menangis. Setiap kali kita membaca tentang Yesus sedih atau menangis, Yesus marah...
Published 11/22/24