Warga Sabah Kekalkan Warisan Meskipun Jauh Dari Negeri Di Bawah Bayu
Listen now
Description
Walaupun jauh dari negara yang dirindui, warga Negeri Di Bawah Bayu yang kini menetap di Australia tidak mengabaikan warisan kebudayaan mereka. Sempena pesta menuai tahunan yang disambut oleh semua suku kaum di negeri indah yang terletak di bahagian utara pulau besar Borneo, Persatuan Kebudayaan Sabah Melbourne menganjurkan Pesta Kaamatan 2024. Pesta meriah sepanjang hari melihat warga Sabah di ibu kota Victoria mengambil bahagian dalam pelbagai persembahan dan pertandingan, termasuk pemilihan juara Sugandoi dalam pertandingan menyanyi serta pemilihan Ratu Cantik Zandi Tavanus dan Ratu Unduk Ngadau. Pesta Kaamatan 2024 turut melihat sajian hidangan enak, termasuk sajian Hinava ikan mentah yang popular di negeri Sabah. Cabutan bertuah turut diadakan dengan kemuncak cabutan melihat seorang pemenang bernasib baik memenangi sebuah kereta. Syabas kepada Flora Stepen, selaku Presiden Persatuan Kebudayaan Sabah menganjurkan Pesta Kaamatan 2024, sekaligus mengekalkan warisan budaya kepelbagaian suku kaum dari negeri yang indah di bawah bayu.
More Episodes
Sekali lagi, pesta tahunan Colours of Malaysia akan muncul di Kota Melbourne berlansung di pasar seni dan makanan paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong, the Queen Victoria Market. Seperti tahun lalu, pesta ini dianjurkan oleh majlis pelajar Malaysian Students' Council of...
Published 11/21/24
Published 11/21/24
Country is the term at the heart of Australian Indigenous heritage and continuing practices. The environments we are part of, carry history spanning tens of thousands of years of First Nations presence, culture, language, and connection to all living beings. So, how should architects, government...
Published 11/14/24