Menghiburkan! tetapi…
Saya amat menyukai podcast ini, terutamanya seri bertajuk “Berhantu” yang dilanjurkan oleh Hafidz Rahman! Tetapi… Sebagai seorang Melayu di Singapura, saya rasa agak kecewa bahawa anak Melayu kami tidak boleh membicara dengan menggunakan Bahasa Melayu. Saya memahami bahawa Hafidz hendak bertindak sebagai seorang inklusif dan berbicara dalam Bahasa Inggeris juga tetapi, Hafidz bersama Zuhairi sudah dianggapkan sebagai tokoh masyarakat Melayu. Lagipun, frasa “all things Malay” yang telah dikaitkan bersama podcast ini memberitahu saya ini adalah podcast yang diciptakan oleh anak Melayu untuk anak Melayu. Siapa lagi yang hendak mendengarkan podcast Melayu selain orang Melayu? Saya bukan hendak menyokong ideologi rasis tetapi sebagai orang Melayu saya rasakan ia lebih elok dan sesuai untuk kita berbual dalam Bahasa Melayu tanpa menggunakan Bahasa Inggeris. Ini juga untuk mempengaruhi generasi yang mudah untuk menggunakan bahasa kami dengan sebaiknya dan menjaga warisan masyarakat Melayu. Jikalau kami lihat di Singapura, masyarakat Cina dan India di sini sering menggunakan bahasa mereka masing-masing apabila mereka bercakap antara satu sama lain. Saya rasakan agak malu untuk kami, anak Melayu, di tanah Melayu, tidak boleh berbicara dalam bahasa kami. Bukannya saya hendak mengatakan bahawa menggunakan bahasa Inggeris itu sesuatu yang salah, tetapi kami patut menggunakan bahasa kita dengan sesuai tanpa mencampurkannya dengan bahasa Inggeris agar tidak merosakkan kebudayaan kami sebagai orang Melayu. Logik ini juga boleh digunakan apabila kami sedang berbicara dalam bahasa Inggeris. Saya harap kamu berdua memahami penghuraian saya dan tidak berasa kecil hati terhadap kenyataan saya. Saya hanya mahu kami sebagai warga masyarakat Melayu untuk mempamerkan kebangaan kami sebagai orang Melayu. Lagipun, inikan bahasa kami? Gunakanlah :) Namun, walau apa pun, saya tetap akan menyokong anak Melayu kami dan teruskan mendengar podcast ini yang menghiburkan! Terima kasih banyak-banyak!
b.umarr via Apple Podcasts · Singapore · 07/11/21
More reviews of The Podcast
The Podcast by Lepak One Korner has the best local content. Cannot stop laughing. The best work companion podcast.
Hfz iPhone via Apple Podcasts · Singapore · 07/03/20
The Podcast aka LepakOneKorner is a Youtuber i’ve watched since i was Pri3.. I saw their content during the fasting month and eversince then their content has never failed to make me laugh !! I’m so happy to see where they’ve come to now and may the continue to have more success in life !! Love...Read full review »
afiqqhanif via Apple Podcasts · Singapore · 12/08/21
I happened to stubble upon this when my Malay colleague was listening and was hooked though some parts are in Malay but the host made an effort to explain it in English! Love it!
Dorky Chinese Girl via Apple Podcasts · Singapore · 01/17/22
Do you host a podcast?
Track your ranks and reviews from Spotify, Apple Podcasts and more.