Episodes
Episod 7 kali ini membawakan kepada anda sebuah topik utama yang menjadi perhatian dunia pada hari ini iaitu berkenaan serangan Zionis Israel ke atas rakyat Palestin atau disebut oleh Briged Al-Qassam sebagai Perang Pedang Al-Quds.
Apakah sebab utama serangan Zionis Israel di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini? Adakah Yahudi di Israel mempunyai hak ke atas Masjid Al-Aqsa? Mengapa OIC dan negara-negara Islam membisu dalam isu ini? Adakah respon masyarakat dunia tidak memberikan kesan?
Bersama...
Published 05/14/21
Episod 6 podcast Hey, Jom Dengar! kali ini membawakan kepada anda sebuah topik yang sangat dekat dengan aktivisme mahasiswa, iaitu kepimpinan mahasiswa di dalam relung kemanusiaan dan kemasyarakatan! Bagaimana seharusnya sikap mahasiswa dalam mengendalikan isu atau projek kemasyarakatan? Apakah nilai utama yang perlu ada di dalam kerja berorganisasi?
Dengarkan kupasan lanjut mengenai topik ini bersama kami dan tetamu jemputan, saudara Usaid Asmadi, mantan Presiden Belia HARMONI Malaysia sesi...
Published 03/21/21
Kali ini podcast Hey, Jom Dengar! bawakan kepada anda sebuah dimensi yang berbeza di dalam skop kemanusiaan iaitu topik berkenaan dengan kesihatan mental. Adakah mental illness dan mental health itu sama? Adakah memiliki mental illness menghalang kita daripada melakukan aktiviti sukarelawan? Bagaimana kita boleh menjadi penyokong dan pendengar yang baik untuk rakan-rakan kita?
Bersama dengan kami di dalam episod 6 ini ialah saudari Fatiha Shuib, seorang pejuang penyakit mental, yang juga...
Published 03/12/21
Episod ke-empat podcast 'Hey, Jom Dengar!' kali ini masih membincangkan topik normalisasi Israel. Apakah kesan daripada fenomena ini terhadap kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Iran dan China? Bagaimana pula implikasinya terhadap rakyat Palestin di tanah Palestin, tanah haram Israel, juga pelarian-pelarian Palestin di serata dunia? Dengarkan diskusi santai kami bersama tetamu jemputan khas, Brother Khalid Jimat, Pegurus Penyelidik & Pendidikan MyCARE. Ilmiah tetapi santai dengan...
Published 02/26/21
Ogos 2020 yang lalu kita digemparkan dengan berita penjalinan hubungan diplomatik antara negara arab UAE dan Israel. Kali pertama dan terakhir hubungan diplomatik termeterai antara negara Arab dan Israel adalah pada 1978 (Mesir-Israel) dan 1994 (Jordan-Israel). Sejak daripada itu, terdapat beberapa negara Arab lain mula mengikuti langkah UAE dalam mewujudkan hubungan normalisasi bersama Israel. Apa itu normalisasi? Adakah normalisasi dibenarkan di sisi syarak? Bagaimana dan kenapa negara Arab...
Published 01/01/21
Episod kedua podcast "Hey, Jom Dengar!" ini membawakan penampilan khas, penerima anugerah Tokoh Sukarelawan Nasional 2020 oleh Kementerian Belia & Sukan, Saudara Teo Ann Siang. Dalam episod ini, Saudara Ann Siang berkongsi bagaimana beliau mula melangkah ke dalam dunia aktivisme, apakah artinya menjadi seorang aktivis kemanusiaan dan pandangan beliau berkenaan sokongan kerajaan terhadap isu kemanusiaan dan kerja-kerja kebajikan di Malaysia. Jom, dengarkan bersama!
Published 12/11/20
Episod pertama "Hey, Jom Dengar!" bersama ahli HARMONI: Dayana, Ibrahim dan Nawal bersembang tentang signifikasi tarikh 29 November - Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Warga Palestin. Bagaimana boleh terwujudnya hari ini? Mengapa tarikh ini?
Jom, dengarkan!
Published 12/01/20