Langkah Saddiq, Cukup ke Tempat Matrikulasi?, PRK Sg Bakap & Nenggiri, Apa Pekerja Gig Nak?
Listen now
Description
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 112 antaranya membincangkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah melakukan larian sejauh 200km daripada Muar ke Parlimen sebagai tanda protes ke atas kerajaan yang tidak menyalurkan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang serta Pilihan Raya Kecil yang bakal berlangsung di Sungai Bakap dan Nenggiri. Keluar Sekejap turut mengulas tentang keputusan Kerajaan memutuskan semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya memperoleh keputusan 10A dan ke atas bakal diberikan ruang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang isu pekerja gig dan National Training Week Malaysia 2024. Bagi segment antarabangsa, Keluar Sekejap berkesempatan menyentuh tentang Pilihan Raya di France, UK dan US. Kertas Putih MyDigital yang dibincangkan semasa segmen isu pekerja gig : https://www.mydigital.gov.my/mycentre4ir/#pdf-gig-worker-white-paper/1/ Artikel-artikel berkaitan isu pekerja gig : https://www.centre.my/post/responses-to-delivery-riders-missing-the-bigger-picture https://www.centre.my/post/gig-workers-are-not-all-the-same https://www.centre.my/post/global-trends-in-gig-worker-policies-and-its-lessons Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
More Episodes
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 132 memberikan penghormatan kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 13 November yang lalu.Dalam episod ini, Keluar Sekejap membincangkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam...
Published 11/19/24
Published 11/19/24
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 131 bersama tetamu khas YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang antaranya membincangkan perjalanan dan perjuangan politik haluan kiri serta kritikan-kritikan terbuka beliau melalui penulisan. Episod ini juga menyentuh tentang prinsip Kerajaan Madani...
Published 11/12/24