Sabah dan MA63, Isu Kewarganegaraan di Sabah, Pilihan Raya Negeri 2025, Masa Hadapan Parti Warisan
Listen now
Description
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 123 bersempena Hari Malaysia membawakan tetamu khas YB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Apdal, mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Malaysia membincangkan tentang kedudukan Sabah dalam Malaysia serta perkembangan perkara yang terdapat dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Episod ini turut menyentuh berkenaan isu kewarganegaraan yang telah membelenggu Sabah sejak sekian lama serta perkembangan awal Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung dalam tempoh masa setahun. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang perancangan Parti Warisan serta masa hadapan perjalanan politik YB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Apdal. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
More Episodes
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 132 memberikan penghormatan kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 13 November yang lalu.Dalam episod ini, Keluar Sekejap membincangkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam...
Published 11/19/24
Published 11/19/24
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 131 bersama tetamu khas YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang antaranya membincangkan perjalanan dan perjuangan politik haluan kiri serta kritikan-kritikan terbuka beliau melalui penulisan. Episod ini juga menyentuh tentang prinsip Kerajaan Madani...
Published 11/12/24