Episodes
“Rumah Sewa Nenek” adalah kisah seram yang diceritakan oleh Nini. Kisah ini tentang pengalaman yang dilalui oleh makciknya, Mak Cik Ina. Makciknya berkahwin dengan seorang anggota polis. Jadi kehidupan mereka agak banyak berpindah randah. Disebabkan itu , ketika mereka terpaksa berpindah ke sebuah rumah yang mereka tidak mengetahui langsung sejarah rumah itu, ianya dahulu adalah milik seorang nenek tua. Namun Mak Cik Ina banyak diganggu semasa mereka berada di rumah itu.
Kalau anda ingin...
Published 11/21/24
“Sapu Tangan Siapa” adalah kisah seram yang dikongsikan oleh Jai. Kisah ini berlaku ketika dia menjaga ayahnya yang sakit di sebuah hospital. Ketika menguruskan ayahnya, dia menaiki lift untuk mengambil barang dan dia terjumpa satu sapu tangan yang agak cantik. Namun dia tidak mengetahui bahawa sapu tangan itu adalah milik satu makhluk lain di dalam hospital itu. Dia diganggu sehingga ke dalam mimpi dan berlaku juga perkara yang lain di mana sehingga kini berada dalam persoalan.
Kalau anda...
Published 11/21/24
“Wad Bersalin” adalah sebuah kisah yang dialami sendiri oleh Min. Kakak Min akan melahirkan anak, namun masih lagi menunggu supaya keadaan lebih selamat untuk melahirkan. Semasa menemani kakaknya, Min diganggu dengan banyak bunyi yang pelik sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan 3 pagi. in melaluinya seorang diri kerana tidak mahu kakaknya menjadi tidak terkawal. Namun begitu selepas kejadian itu dia tidak lagi berani tinggal atau menemani sesiapa seorang diri di hospital.
Kalau anda...
Published 11/20/24
“Dia Balik” adalah tajuk untuk sebuah kisah seram yang dikongsikan oleh Kak An. Kisah ini ketika dikampungnya ada seorang makcik tua bernama Wa Dom. Kerana terlalu ingin merungkai misteri kisah seram yang diceritakan oleh orang-orang kampung, Kak An beranikan diri untuk masuk kerumahnya. Dia tidak menyangka yang selepas dia masuk ke situ, itulah pengalaman seramnya yang dia lalui paling menakutkan dalam hidupnya.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila...
Published 11/20/24
“Kubur Berasap” adalah kisah seram yang diceritakan oleh Akmal. Cerita ini adalah pengalaman yang didengarnya sendiri daripada Pak Jan, seorang penggali kubur. Pada satu malam, ketika beliau menggali kubur seorang diri, tiba-tiba muncul asap putih yang bertukar menjadi hitam di atas sebuah kubur lama. Lama kelamaan, muncul makhluk halus yang agak menyeramkan, dan ia bukan sahaja mengganggu Pak Jan, malah pembantunya, Mat, turut diganggu.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda...
Published 11/19/24
Kisah seram ini bertajuk “Tingkat 14” dan diceritakan oleh Mira mengenai pengalaman salah seorang jururawat senior di sebuah hospital tempat Mira bekerja. Hospital itu mempunyai 13 tingkat, tetapi Kak Liza diganggu apabila dia menaiki lif yang tiba-tiba dibawa ke tingkat 14 — satu tingkat yang tidak pernah wujud. Apabila pintu lif terbuka, dia sangat takut dan mengigil apabila melihat seorang perempuan yang agak menakutkan sedang merenungnya.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman...
Published 11/19/24
“Semangat Terbang” adalah tajuk sebuah kisah seram yang dikongsikan oleh Amir. Pengalaman seram ini dialami oleh beliau dan kawan-kawannya ketika mereka pergi ke sebuah tempat yang bernama Bukit Belacan. Di sana, mereka melakukan aktiviti berkelah dan mandi di sungai. Pada mulanya tiada masalah, tetapi selepas beberapa jam, kawan mereka, Faiz, yang mempunyai deria keenam, mula merasai kehadiran makhluk lain di situ. Malahan, selepas mereka pulang, makhluk tersebut mengikut Faiz pulang ke...
Published 11/18/24
“Gangguan Di Tengah Malam” adalah tajuk kisah seram yang diceritakan oleh Dina mengenai pengalaman kawannya, Mila. Mereka pergi ke sebuah hotel untuk menghadiri majlis di sana. Semasa menginap di salah satu bilik hotel, Mila diganggu dengan agak teruk hingga menyebabkan dia trauma dengan kejadian tersebut. Dina juga turut merasa takut untuk pergi ke hotel itu semula.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila hantar ke email
[email protected], di WhatsApp...
Published 11/18/24
Cerita ini berkisar tentang Ibrahim, seorang lelaki berusia 32 tahun, yang bersama kawan- kawannya mengalami pengalaman seram berkaitan dengan pocong ketika mereka lepak di sebuah kampung terpencil. Selepas berjalan-jalan di sekitar kawasan kubur, kawan mereka, Mat, mula bercerita tentang pocong yang sering muncul di situ. Ketegangan meningkat apabila mereka mendengar bunyi langkah yang misterius di kawasan kubur tersebut.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang...
Published 11/15/24
Cerita ini mengisahkan pengalaman Daud, seorang lelaki berusia 30-an yang mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam keluarganya berkaitan saka, satu kepercayaan tentang roh atau makhluk yang diwariskan turun-temurun. Semuanya bermula ketika dia pulang ke rumah suatu malam dan mendapati ibunya bertingkah aneh, diikuti dengan kejadian-kejadian pelik di rumah
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila hantar ke email
[email protected], di WhatsApp RIA,...
Published 11/15/24
Cerita ini mengisahkan pengalaman seram yang dialami oleh Zainal, sepupu Kamal, ketika mereka balik ke kampung untuk persiapan kenduri kahwin. Pada suatu malam, semasa pulang dari membeli barang, Zainal tiba-tiba berhenti di simpang jalan dan menatap sebuah pokok besar dengan ekspresi terkejut. Dia mendakwa melihat "muka cacat" di tepi pokok tersebut, sesuatu yang Kamal tidak dapat lihat. Sejak kejadian itu, Zainal sakit demam panas.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang...
Published 11/14/24
Cerita ini mengisahkan pengalaman seram Leman, seorang lelaki berusia 28 tahun, ketika dia dan tiga orang kawannya, Nasir, Man, dan Sapi, lepak di sebuah bangsal tua di kampung. Semasa mereka berbual, mereka melihat seseorang yang kelihatan seperti Pak Daud, seorang lelaki tua dari kampung mereka. Namun, mereka mula rasa tidak sedap hati apabila teringat bahawa Pak Daud sebenarnya telah meninggal dunia seminggu sebelumnya.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang...
Published 11/14/24
“Jam Lama” adalah tajuk kisah seram yang dikongsikan oleh Yusri tentang minatnya sendiri iaitu menjadi seorang pengumpul barang-barang antik. Kerana minatnya sendiri, dia dihantui oleh sebuah jam lama yang dia baru beli di sebuah kedai barang antik. Penjual yang menjual jam itu ketika itu adalah seorang lelaki tua yang memberinya pesan agak aneh tentang jam itu.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila hantar ke email
[email protected], di WhatsApp RIA,...
Published 11/13/24
“Rumah Pengamal Ilmu Hitam” adalah tajuk untuk sebuah kisah seram yang diceritakan oleh Anis dan ini adalah pengalaman seram yang dilalui oleh dia dan keluarganya. Semuanya berlaku ketika mereka berpindah ke sebuah rumah yang mereka sendiri baru pertama kali berada di situ. Rumah tersebut nampak baik pada mulanya namun semuanya berubah selepas mereka mula mengaji dan solat di dalam rumah tersebut.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila hantar ke email...
Published 11/13/24
Cerita ini mengisahkan pengalaman seram Syafiq, seorang lelaki berusia 26 tahun, yang bermalam di rumah arwah opahnya sebelum rumah itu dijual. Walaupun Syafiq mempunyai banyak kenangan di rumah tersebut, suasana pada malam itu terasa sangat berbeza dan menyeramkan dan Syafiq rasa ada sesuatu yang tidak kena di dalam rumah. Rasa tidak selesa semakin meningkat ketika gangguan aneh mula muncul, menambah ketakutan Syafiq sepanjang malam itu
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda...
Published 11/12/24
Firdaus, seorang lelaki berusia 26 tahun, berpindah ke apartment baru di tengah bandar dan mula mengalami pengalaman seram. Di sebuah koridor di tingkat bawah, dia sering merasa ada kehadiran bayangan hitam yang menimbulkan rasa tidak senang
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila hantar ke email
[email protected], di WhatsApp RIA, atau Instagram RIA897.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Published 11/12/24
Cerita ini mengisahkan Rizal, seorang lelaki berusia 25 tahun, yang mengalami pengalaman seram ketika balik ke kampung neneknya. Pada suatu malam selepas menghadiri kenduri, Rizal duduk di luar rumah dan tiba-tiba terhidu bau wangi yang aneh serta terdengar bisikan memanggil namanya. Siapa yang panggil dia tu?Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila hantar ke email
[email protected], di WhatsApp RIA, atau Instagram RIA897.
See omnystudio.com/listener for...
Published 11/12/24
Cerita ini mengisahkan pengalaman seram Zara, seorang wanita berusia 25 tahun, yang berpindah ke sebuah rumah sewa lama bersama dua rakan serumahnya, Amir dan Lina. Rumah tersebut, dengan seni bina klasik, menawarkan sewa murah, tetapi sejak hari pertama, Zara merasakan sesuatu yang tidak beres Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila hantar ke email
[email protected], di WhatsApp RIA, atau Instagram RIA897.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Published 11/12/24
Kisah seram ini bertajuk “Hotel Puaka,” dan ia adalah pengalaman seram yang dilalui oleh Aini. Kejadian yang berlaku adalah ketika beliau terpaksa bekerja di luar kawasan dan perlu menginap di sebuah hotel yang bangunannya agak lama. Namun, kerana kepenatan, dia memilih untuk tidur di situ. Pada asalnya, semuanya nampak indah, tetapi malam itu, Aini diganggu oleh beberapa makhluk halus yang menyebabkan dia tertekan dan meminta pihak hotel memberikan bilik baru kepadanya.
Kalau anda ingin...
Published 11/08/24
“Hantu Jepun” adalah tajuk kisah seram yang diceritakan oleh Nunu. Ini adalah pengalamannya sendiri ketika dia dan kawan-kawannya mengikuti program perkhemahan di sekolah. Mereka tidak menyangka bahawa mereka akan diganggu oleh makhluk yang digelar sebagai Hantu Jepun. Malam itu, mereka mendengar dan menyaksikan hantu Jepun berkawad di tengah malam, dan mereka diganggu sehingga mengalami kerasukan.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila hantar ke email...
Published 11/08/24
Kisah bertajuk “Perjalanan yang Menakutkan” adalah kisah seram yang dikongsikan oleh Syifa serta dialami oleh tujuh orang kawannya. Mereka perlu menyelesaikan satu tugas bersama-sama, dan tempat yang mereka perlu pergi agak jauh, lebih kurang 8 jam perjalanan. Namun, perkara seram yang pertama kali dialami oleh Syifa ini berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan ke sana. Sampai ada yang menangis dan hampir histeria kerana terlalu takut dengan makhluk yang muncul ketika itu.
Kalau anda ingin...
Published 11/07/24
Kisah seram ini bertajuk “Pontianak Pokok Jambu” dan merupakan pengalaman yang dilalui oleh Ayla dan abangnya ketika kecil. Ketika mereka berpindah ke rumah baru, di belakang rumah terdapat sebuah pokok jambu yang sangat besar. Di situ, pemilik rumah telah menyediakan buaian untuk bermain, tetapi yang peliknya, ketika mereka tinggal di situ, pemilik itu memberi amaran supaya jangan bermain di buaian atau di pokok tersebut. Mereka rasa sangat pelik, tetapi tetap degil. Rupanya, memang betul...
Published 11/07/24
“Cameron Highlands” adalah sebuah kisah seram yang dikongsikan oleh salah seorang pendengar kami, Nini. Kisah ini berlaku ketika dia dan keluarganya pergi bercuti. Oleh kerana tiada rancangan tetap untuk bercuti ke Cameron Highlands, mereka terus menempah sebuah rumah untuk tempat tinggal malam itu, tetapi rumah tersebut agak aneh sehingga mereka diganggu. Rupa-rupanya, ada kisah di sebalik rumah itu.
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila hantar ke...
Published 11/06/24
“Kubur Cina” adalah tajuk cerita seram yang diceritakan oleh Zana. Tidak asing lagi, apabila kita melihat tajuk sebegini, ia pasti membuatkan kita terbayang kematian dan ketakutan di kubur tersebut. Namun, kisah ini agak pelik kerana ia berlaku pada waktu siang, dan setiap orang
Kalau anda ingin hantarkan kisah atau pengalaman anda yang menyeramkan, sila hantar ke email
[email protected], di WhatsApp RIA, atau Instagram RIA897.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Published 11/06/24