Episodes
Orang bunian ialah makhluk halus, dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, Brunei dan Indonesia, yang tidak boleh dilihat oleh manusia, kecuali bagi mereka yang mempunyai "penglihatan rohani". Selepas mendengar cerita ini, anda mungkin akan mula bertanya-tanya sama ada anda tinggal seorang diri atau ada sesuatu yang berkongsi rumah yang anda mendiami.
Published 10/23/23
Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna, dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dan sebagainya .Tapi, ketahuilah, harga yang harus dibayar akan menggigilkan jiwamu!
Published 10/16/23
Makhluk Halus seperti jin dan syaitan, yang menghuni alam ghaib, selalu mengintai dalam kesunyian. Ketika kamu berada seorang diri, kamu yakin bahawa kamu benar-benar seorang diri, atau ada sesuatu bersamamu?
Published 10/09/23
Shazreen Shaharum berkongsi kisah seram di hotel. Setelah anda mendengar kisah ini, anda mungkin mulai merasa ketakutan, adakah anda benar-benar sendirian atau sesuatu selalu mengawasi.
Published 10/02/23
Qɑrɪn adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari golongan syaitan yang mendampingi setiap manusia.  Selepas mendengar kisah ini anda pasti akan mempertanyakan siapa yang sebenarnya berada di sekeliling anda. Adakah anda yakin ia benar-benar mereka yang anda sangka?
Published 09/25/23
Santau adalah sejenis ilmu hitam atau sihir yang digunakan untuk meracuni atau mengganggu seseorang sering kali dikaitkan dengan konsep mistis . Di dalam episod ini, kita menyelami kisah misteri santau yang menggigilkan! 
Published 09/18/23
Rasa ingin tahu sering menarik perhatian topik membuka hijab, ada segelintir individu yang merasakan jika hijab dibuka pasti memberikan pengalaman yang menakjubkan serta menyeronokkan. Adakah anda pasti seronok? Mampu terima kesannya? 
Published 09/11/23
Segelintir perniagaan menggunakan wafak atau pelaris untuk membantu perniagaan mereka, Abang Wan menceritakan cerita yang menakutkan. Selepas mendengar cerita ini mungkin anda hendak pastikan apa yang anda nampak sebenar seperti yang terlihat!
Published 09/04/23
Penyampai radio ERA dan pelakon drama Projek High Council, Fazziq Muqris percaya bahawa ada makhluk halus yang hidup bersama kita di muka bumi ini dan dia teringin sangat untuk melihat walaupun sekali pun jadilah! Sebab itu bagi Fazziq dia amat menghormati kawasan sekeliling dimana dia berada.
Published 02/24/23
Penyampai radio HITZ, Ili Ruzana sentiasa ceria dan selalu bergelak ketawa. Namun, pengalaman kawannya di kolej membuat dia rasa takut apabila ingin tidur malam di chalet. Penampakan lembaga besar seperti gorila dan memanggil nama pada 2 pagi. Bahkan, ibu Ili sendiri percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk halus sehingga Ili sendiri tak pernah pergi camping.
Published 02/17/23
Penyampai dan personaliti radio GEGAR Pilihan #1 Pantai Timur, berkongsi pengalaman dia diganggu oleh makhluk halus sehingga menjadi takut untuk keluar rumah. Sehingga terpaksa pergi berubat, selepas itu dikatakan "benda" itu sudah tiada dalam badannya tetapi kesan itu masih tidak hilang. Ternyata perkara ini juga berlaku kepada ayahnya sendiri sejak muda lagi. Dengarkan kisah seram Aswad Jalil dalam episod kali ini.
Published 02/10/23
Kita terajui kembali kisah-kisah seram yang pernah dikongsikan dalam Cerita Hantu Seram. Kisah mana yang paling meremang! Dan kisah mana yang paling menakutkan!
Published 02/03/23
Mifzal Malik, seorang yang realistik. Dia tidak ingin perkara yang "menyeramkan" menghantui dirinya. Dia cuba sedaya upaya tidak ingin mencari masalah yang berhubung kait dengan makhluk halus. Namun, tidak boleh dinafikan situasi seperti ini tidak dapat dielakkan, apabila dia mendengar panggilan suara wanita di bilik kolejnya.
Published 01/27/23
Personaliti media sosial, Daniel Cheang berkongsi kisah tentang satu pengalaman seram yang dilaluinya pada waktu kecil dan juga saudara Cinanya yang sering diganggu sehingga terpaksa pergi berubat.
Published 01/20/23
Nell Hanan bercerita tentang kawan rapatnya bernama Nora ketika zaman sekolah. Selalu duduk berborak dengan dia dalam kelas, bermain dengan dia di padang sehinggakan pergi makan bersama-sama di kantin. Tetapi satu hari cikgu Nell, bertanya kepadanya "Awak selalu bercakap dengan siapa dalam kelas?" Itu yang menimbulkan persoalan, siapakah Nora?
Published 01/13/23
Dari kecil lagi Nell Hanan dapat melihat makhluk halus dan sudah biasa bertembunb dengan mereka ini. Tetapi ada satu peristiwa di bangunan apartment yang sehingga hari ini Nell tak boleh lupakan. Peristiwa yang bermula di lif dan diakhiri dengan pocong mengetuk kepalanya di ringkap dengan suara bergelma "Kenapa dah lalu, kenapa tak tegur?"
Published 01/06/23
Hero Remaja, Jazmy Juma tidak heran apabila ditanya tentang pengalaman dengan makhluk halus. Kerana sering sekali diganggu oleh mereka dimana sahaja dia berada. Pengalaman dia melihat rakannya dirasuk dan juga kakaknya yang boleh melihat makhluk halus ini membuat Jazmy lebiih percaya dengan keberadaan mereka.
Published 12/30/22
Bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk melihat tetapi dapat berkomunikasi dengan makhluk halus. Amira menceritakan sendiri pengalaman-pengalaman berinteraksi dengan makhluk ghaib ini.
Published 12/23/22
Sebelum menjejak langkah ke industri hiburan, Ika Mustafa dikenali sebagai seorang pramugari. Banyak negara yang Ika pergi tetapi pengalamannya ke Australia dan Lahore, Pakistan masih menghantuinya sehingga hari ini.
Published 12/16/22
Orang lama-lama selalu kata, kalau nak masuk hutan atau tempat mana-mana pun kena ada adab dan caranya. Lutfi Amir ceritakan pengalaman dia terpaksa masuk hutan demi penggambaran untuk content. Walaupun tidur satu malam tetapi banyak perkara yang berlaku.
Published 12/02/22
Kita terajui kembali kisah-kisah seram yang pernah dikongsikan dalam Cerita Hantu Seram. Kisah mana yang paling meremang! Dan kisah mana yang paling menakutkan!
Published 11/25/22
Aidil, seorang pengurus artis banyak mengalami pengalaman mistik ketika bekerja. Yelah, bekerja dalam industri hiburan tidak sama seperti di pejabat. Kadang kala, balik lewat malam mahupun awal pagi. Kadang kala, terpaksa menemani artis ke kawasan yang luarannya kelihatan biasa dan cantik tetapi sebenarnya amatlah keras. Ini kisah pengalaman seram Aidil.
Published 11/18/22
Amir Mirza nama baru dalam industri kongsikan pengalaman paling seram apabila pelajar-pelajar di sekolahnya diganggu histeria selama seminggu. Sehinggakan terpaksa memagar kawasan sekolah tersebut demi keselamatan pelajar. Tetapi sebelum kejadian itu, Amir telah melakukan sesuatu yang tidak patut, adakah dia punca histeria berlaku di sekolah itu?
Published 11/11/22
Aktif dalam aktiviti paranormal, Lisa Marina berani mencabar dirinya memburu makhluk ghaib sehinggakan Lisa menamakan makhluk tersebut dengan panggilan "Noni". Ini kisah pemburuan makhluk mistik Lisa Marina. Semuanya dalam Cerita Hantu Seram minggu ini.
Published 11/04/22
Pernah dikacau oleh penanggal ketika dirinya masih bayi, namun pengalaman Amir Alif dengan benda mistik tidak terhenti begitu sahaja. Sehingga ada satu pengalaman yang memang tak boleh dilupakan apabila dia pindah ke rumah yang sudah ada "penghuni". Semuanya dalam Cerita Hantu Seram minggu ini!
Published 10/28/22