Episodes
Wartawan Siaran di United Kingdom, Haliza Hashim, bercerita situasi jutaan rakyat United Kingdom (UK) yang berkabung selepas Ratu Elizabeth II, pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, menghembuskan nafas terakhir. Bukan sahaja di UK, bahkan di negara lain, ribuan orang berkumpul sebagai tanda menzahirkan takziah kepada keluarga diraja itu.
Published 09/09/22
Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff mengulas keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.
Published 09/09/22
Syarikat Malaysia diminta untuk mencari keunikan sendiri dalam menembusi pasaran halal yang belum diterokai. Ini jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana peluang pembangunan industri halal kini mencecah RM1.9 billion tahun 2021 dan dijangka terus berkembang.
Published 09/08/22
Jabatan Muzium Sarawak mensasarkan Taman Negara Niah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2024. Pengarahnya, Tazudin Mohtar berkata ia akan menjadi lokasi kedua tapak warisan dunia selepas Taman Negara Mulu yang diisytiharkan pada tahun 2000.
Published 09/08/22
Presiden NGO Give Of Living Zulhilmi Karim berkata, keadaan di sana sangat teruk dan segalanya musnah terutama kediaman di tepi sungai dan lereng bukit. Katanya, bantuan tidak sampai kepada rakyat yang terjejas banjir.
Published 09/06/22
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Mujibu Abd Muis berpandangan, secara asasnya penubuhan GTA menjadi persaingan politik dalam memancing kelompok Melayu. Pakatan terbabit dilihat memberi saingan kepada bekas sekutu seperti UMNO dan Perikatan Nasional yang menjadi realiti semasa politik Melayu.
Published 09/06/22
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.
Published 09/05/22
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.
Published 09/05/22
Di sebalik laporan PBB berhubung penindasan di Xinjiang Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Published 09/02/22
Di sebalik usaha salur bantuan buat mangsa banjir Pakistan
Published 09/02/22
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.
Published 08/31/22
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.
Published 08/31/22
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.
Published 08/30/22
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.
Published 08/30/22
Wakil Astro AWANI Kedah Adie Sufian Zulkefli, berkata aktiviti pengambilan pasir itu berlaku waktu malam bagi kerja-kerja pengorekan secara agresif. Difahamkan, pasir berkenaan digunakan untuk pembinaan dan pengambilannya di luar kawasan yang dibenarkan.
Published 08/26/22
Sebuah perkampungan Cina yang wujud lebih 200 tahun lalu di Kelantan mempunyai keunikan tersendiri seperti mempunyai pokok durian Kunyit atau Musang King yang pertama di negeri itu. Budaya dan cara kehidupan masyarakat minoriti itu yang tinggal di kawasan kampung yang di kelilingi masyarakat Melayu, turut memberi kesan kepada cara percakapan mereka yang rata-rata fasih berdialet Kelantan serta mengamalkan cara hidup seperti masyarakat Melayu Kelantan.
Published 08/25/22
Penganalisis Politik Mujibu Abd Muis menjelaskan, pelbagai kaedah sudah diguna pakai Pakatan Harapan bagi menarik pengundi termasuk menggunakan satu logo dan bertanding secara berasingan di PRN Johor, namun bertanding dibawah satu logo dilihat sebagai strategi yang baik, tetapi, harus memikirkan apa yang perlu dibawa sebagai sebuah satu pakatan.
Published 08/25/22
UMNO perlu membuat keputusan untuk bergerak ke hadapan ataupun ingin cuba menyelesaikan kemelut sedia ada ketika ini, kata Penganalisis Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Muhammad Fuad Othman. Ikuti dengan lebih lanjut temu bual bersama Muhammad Fuad dalam Cerita Sebalik Berita kali ini.
Published 08/24/22
Pensyarah Pengajian Undang-Undang Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Noorfajri Ismail berpandangan, apabila sesuatu kes dibawa ke mahkamah, tidak terdapat unsur-unsur yang dapat mempengaruhi sistem kehakiman dan itu menjadikan badan kehakiman negara bebas dalam membuat keputusan. Badan itu tidak semestinya tertakluk kepada tekanan daripada pihak pendakwaan, mahupun pembelaan.
Published 08/22/22
Hari ini, ketua-ketua bahagian UMNO dipanggil Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat tergempar bagi membincangkan mengenai perancangan menghadapi PRU15, termasuk soal pencalonan dan juga masalah dalam parti yang berbangkit.
Published 08/22/22
Dokumentari 'Gotong Royong Cucuk Vaksin' sempena Hari Kemanusiaan Sedunia.
Published 08/19/22