YANG PALING BERANI
Listen now
Description
Yang Paling Berani di dedikasikan kepada seseorang yang tidak lagi akan muncul di alam ini. Yang akan kita jumpa di alam lain nanti. Tulisan ini saya ciptakan untuk arwah kawan kami yang pergi tanpa sebarang petanda. Tiada apa yang dirisaukan disebelumnya, cuma rindu untuk bertemu semula setelah masing-masing membawa diri usai belajar bersama. Dia adalah seorang yang baik dan disayangi rakan-rakan. Kata orang, yang baik selalu dipilih awal oleh Tuhan. Kepergiannya indah, sehari sebelum Malaysia mengumumkan PKP. Saya tidak dapat kesana bertemu dia. Tapi, diwakilkan rakan terdekat juga memadai. Terima kasih kerana hadir meski hanya 3 tahun kita berkenalan, kau memberi banyak kegembiraan. Sedihnya kau sedih sendiri. Tidak dapat kita melanjutkan perkenalan, kau yang paling berani. Lagu: banda neira ( sampai jadi debu) . Selamat mendengar !
More Episodes
Episode 1 borak (bukan poem). Mula-mula saya nak borak cerita seram, pengalaman benda-benda mistik. Tapi ada beberapa hal tak best jadi, saya extend cerita to the next episod. So, kalini saya nak bebel pasal pemakaian mask dan mengikut SOP kerajaan, attitude dan pengalaman scan orang.
Published 07/26/20
Published 07/26/20
Ini adalah tulisan yang sekian lama didalam buku, perihal diri sendiri yang keliru dan berterima kasih. Asalnya ini adalah video dan subtitle, tapi saya convert kepada suara sahaja untuk pendengar spotify malam-malam. Siapa belum dengar lagi poet ni, selamat mendengar!
Published 07/10/20