240919 | Kuliah Peguam : "Apa Patut Isteri Buat Sekiranya Didera Suami?" - Ustaz Ahmad Jailani
Listen now
Description
Kuliah Khas Ekslusif Zonkuliah oleh Peguam Syarie berpengalaman tentang "Hak Isteri Dan Tindakan Yang Boleh Diambil Sekiranya Dizalimi dan Didera oleh Suami" - berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada 24hb September 2019. ~ Apa tindakan yang boleh dilakukan oleh isteri jika dizalimi oleh suami ~ Tajuk yang penting dan relevan untuk lelaki dan wanita ~ Apa hukum seorang isteri minta cerai dari suami? ~ Haram bau syurga jika minta cerai tanpa alasan yang kukuh ~ Ancaman yang sangat keras disisi agama ~ Contoh wanita yang munafik ~ Penyelesaian daripada agama Islam untuk seorang isteri yang nak tebus talak (khuluk) ~ Suami nampak sangat benci kepada isteri tapi tak mau ceraikan ~ Suami yang buruk agama, atau buruk akhlak dan layanan terhadap isteri ~ Antara alasan-alasan yang boleh digunakan isteri untuk meminta cerai ~ Suami rupa buruk pun isteri boleh minta cerai ~ Masalah kahwin dengan suami yang terlalu tua ~ Kes kahwin dengan suami yang huduh, hitam dan pendek ~ Punya nak cerai sampai sanggup tambah nilai tebus talak ~ Apabila salah seorang antara suami atau isteri tidak lagi menyintai atau bernafsu antara satu sama lain ~ Apa yang boleh dilakukan sebelum proses perceraian jika isteri yang dianiaya oleh suami? ~ Jika isteri dilayan seperti binatang oleh suami sebelum berlakunya perceraian ~ Apa yang dimaksudkan dengan keganasan rumahtangga? ~ Apa yang patut dilakukan suami sebelum melakukan hubungan kelamin ~ Kena ada mukaddimah, jangan layan isteri seperti binatang pemuas nafsu ~ Jangan melampau dalam cemburu ~ Masalah panggil isteri "jalang" dan sengaja menyakitkan hati isteri ~ Antara tempat yang boleh dibuat laporan keganasan rumahtangga (Balai Polis, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Talian Kasih) ~ Nombor telefon Talian Kasih 15999 ~ Perintah perlindungan kecemasan dan perintah perlindungan sementara (EPO dan IPO) ~ Isteri yang wajahnya ketakutan sebab takutkan suami ~ Siapa yang boleh minta perintah perlindungan? ~ Tempoh kuat kuasa perintah perlindungan dan hukuman jika suami langgar perintah ~ Apa kebaikan (dan pentingnya) perintah perlindungan (IPO dan EPO) ni? ~ Melarang pelaku daripada memasuki tempat perlindungan ~ Isteri tak mahu buat laporan walaupun dizalimi sebab kasihankan suami ~ Drama "pergaduhan" antara suami isteri - tapi akhirnya baik semula ~ Suami tak terus dihukum penjara walaupun dah ada laporan polis ~ Balasan yang setimpal kepada orang yang melakukan kejahatan ~ Dilaknat sesiapa yang melindungan orang zalim ~ Takut anak-anak terabai jika si isteri memohon perintah perlindungan ~ Perintah nafkah sementara untuk jaga kebajikan mangsa rumahtangga ~ Pentingnya ceritakan semua fakta keganasan suami dalam laporan polis ~ Apa punca kes khuluk (tebus talak) tertangguh terlalu lama, sehingga 4 tahun? ~ Maksud perceraian secara tebus talak? ~ Salah pilih seksyen perceraian yang betul (salah dapat nasihat) ~ Perbezaan cara hakim menangani kes perceraian antara mahkamah ~ Masalah-masalah yang berlaku yang menyebabkan kes tertangguh lama (jawatankuasa pendamai) ~ Rujuk taklik talak dalam surat nikah ~ Hakim yang bubarkan pernikahan (fasakh) ~ Ada kes yang sengaja dilambat-lambatkan (untuk dera isteri) ~ Abuse the process of court ~ Masalah pejabat agama dan mahkamah syariah terlalu menyebelahi orang lelaki ~ Macam mana nak buktikan ugutan suami (dan tiada bukti kecederaan) --- Bantu Projek Zonkuliah Dengan Menyumbang Ke Akaun Berikut : ➢ https://toyyibpay.com/zonkuliah ➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584 ➢ PAYPAL - paypal.me/DanaZK
More Episodes
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 19 yang berlangsung di Masjid Jamek Jelutong, Pulau Pinang pada 8 Mei 2012. ~ Dibawa seorang ahli neraka, yang semasa hidup didunia, dia hidup dalam kemewahan ~ Soalan selepas dicelup sekali dalam neraka ~ Dahsyatnya azab neraka - lupa habis segala kesenangan ~ Manusia...
Published 04/22/24
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 18 Oktober 2016. ~ Ada beberapa orang sahabat Nabi bernama Hamzalah ~ Kisah sahabat yang jenazahnya dimandikan oleh malaikat ~ Terkorban dalam perang Uhud - rambut basah ~ Turun dalam medan perang dalam...
Published 04/19/24
Published 04/19/24