BM21 | 140224 | "Hidup Ni Simple & Malaikat Perli Ahli Neraka" - Ustaz Shamsuri Ahmad
Listen now
Description
Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 14hb Februari 2024. ~ Nabi tidak pernah banyak puasa sunat, melainkan pada bulan Syaaban ~ Islam agama yang sangat bertimbang rasa ~ Islam takkan perintahkan sesuatu yang "beyond" kemampuan kita ~ Allah tidak jemu bagi pahala, takut kita jemu beramal ~ Sebaik-baik amalan ialah, amalan yang istiqamah ~ Amalan yang disukai oleh Allah ~ Hadis yang diriwayatkan oleh Usamah Bin Zaid Bin Haritah ~ Sahabat suka "observe" (Ushar) Nabi ~ Orang Penang cakap arab "Ghaflah" ~ Bulan yang manusia selalu lalai ~ Amalan akan dibawa naik ke langit pada bulan Syaaban ~ Kita teringin nak mati hari Jumaat dan dalam keadaan yang baik ~ Hikmah Nabi meninggal hari Isnin ~ Meninggal hari Jumaat bukan indicator baik atau buruk seseorang ~ Jangan mati dalam keadaan tengah berbuat dosa ~ Malaikat kerja ikut syif siang dan malam (asar dan subuh) ~ Allah tak tanya Malaikat pun Allah tahu, tapi kenapa Allah tanya? ~ Allah buka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis ~ Allah akan bagi keampunan kepada setiap hamba yang tidak syirik Allah ~ Dua golongan yang ditangguhkan pengampunan ~ Orang yang dalam hatinya ada permusuhan ~ Tunggu sehingga dua orang ini berdamai ~ Hidup kita penuh dengan serabut ~ Ramadan ialah bulan training untuk buang sifat-sifat tak baik ~ Kesan daripada permusuhan sesama Islam sangat buruk ~ Berapa ramai orang yang berpuasa dapat lapar dan dahaga sahaja ~ Ramainya orang yang Qiamulail, tapi tak ada pahala ~ Hidup ni sebenarnya "simple" ~ Kalau buat baik, jangan riak ~ Kalau orang buat baik kat kita, cakap terima kasih ~ Kalau kita buat salah, minta maaf ~ Kalau nak bercakap pastikan benda tu penting ~ Ikan yang rajin buka mulut, ikan tu yang akan kena mata kail ~ Kalau tak boleh jadi batu permata, jangan jadi batu api ~ Beza pandai dan cerdik ~ "Semua orang tak betul, kita ni betul semua ka?" ~ Pesan amalan semasa Ramadan ~ Solat tarawih, tanya kita ikhlas banyak mana, jangan hina orang yang solat 8 rakaat saja, jangan bidaahkan orang yang solat 20 rakaat ~ Baca tiga Qul pada petang dan pagi ~ Pastikan Ramadan kali ni berlainan dengan Ramadan sebelum ni ~ Rugi kalau tak berbakti kepada mak ayah ~ Nabi mimpi nampak seorang sahabat baca Quran dalam Syurga ~ Tidak mesti jadi terkenal untuk dapat kemuliaan daripada Allah ~ Kita tak mau semua orang kenal kita, tapi Allah tak mau tengok muka kita ~ Seorang yang cukup sayang dan buat baik kepada mak dia ~ Sayang mak bapa ni, tak glamour sebab orang tak nampak ~ Adab sebelum join orang lain bersembang (kena bijak) ~ "Hang tau dak, tadi tu Malaikat Jibril" -- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 161 -- ~ Bab orang yang ingkar keluarkan zakat ~ Harta akan jadi ular melingkar di tengkok ~ Dengar dah di masjid dulu, awat la aku tak percaya ~ Golongan yang tak mau bayar zakat sejak zaman Saidina Abu Bakar ~ Agama mesti ada dalil, tak boleh cakap kosong ~ Cangkul kalau tak letak baji ~ Orang yang tidak keluarkan zakat adalah orang yang tamak dan kedekut ~ Azab sengsara untuk orang yang tak keluarkan zakat harta ~ Islam suruh kita ada hati perut tolong orang susah ~ Sahabat Nabi ramai dikalangan orang kaya ~ Manusia bila diuji dengan kelebihan akan rasa "lebih" ~ Orang kaya sebenarnya ditolong oleh orang miskin ~ Bagi sedekah untuk orang yang kutip sampah ~ Mak sahabat Ustaz yang menangis dapat bercakap dengan Ustaz ~ Ustaz Shamsuri masuk Tv AlHijrah ~ Sayang dan berkhidmat kepada mak dengan "enjoy" dan ikhlas ~ Antara bentuk siksa orang yang masuk Neraka ~ Makan berduri yang tak menghilangkan lapar ~ Siksa neraka bukan bandingan siksa zaman tentera Jepun ~ Ahli Neraka disindir malaikat ~ "Doa hangpa hari ni, sia-sia.." ~ Dia ingat Neraka macam atas dunia ~ Hangpa takkan mati, hangpa macam ni la sampai bila-bila ~ 1000 Tahun baru dapat jawapan Sokong Projek Zonkuliah : ➢ https://toyyibpay.com/zonkuliah ➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584 ➢ PAYPAL - paypal.me/DanaZK
More Episodes
Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Simpang Empat, Permatang Buloh, SPU, Pulau Pinang pada 1 April 2019. ~ Satu orang lelaki tinggal dipadang pasir yang dengar suara daripada awan ~ Gumpulan awan bergerak dan turunkan hujan di kebun seseorang ~ Kelam kabut menerima...
Published 04/09/24