BM21 | 110315 | "Minta Doa Kawan & Remote Control Musuh" - Ustaz Shamsuri Ahmad
Listen now
Description
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 11 Mac 2015. ~ Saidina Umar jumpa Nabi untuk minta izin nak buat umrah ~ Nabi bagi izin dan minta Umar doakan baginda ~ "Jangan lupa kami dalam doa kamu" ~ Itu adalah ungkapan kata-kata Nabi yang terlalu berharga ~ Nabi cukup merendah diri, walaupun doa baginda mustajab ~ Kata-kata Nabi yang sangat memberi kesan kepada para sahabat ~ Definasi sahabat Nabi dan tabiin ~ Generasi yang sedaya upaya nak amalkan apa yang Nabi buat ~ Selalulah minta dari kawan-kawan yang baik supaya doakan kita ~ Kisah Abu Umamah yang terkesan dengan kata-kata Nabi sehingga dia puasa setiap hari ~ Terlalu kurus dan cengkung sampai Nabi tak kenal ~ "Apa jadi kat hang ni.." ~ Bagi setiap orang ada haknya ~ Siapa yang keluar dari rumah dalam keadaan bersuci untuk ke masjid nak solat ~ Amalan yang mudah tapi Allah janji pahala yang sangat besar ~ Keluar dari rumah untuk solat dhuha di masjid ~ Keluar daripada pejabat untuk solat dhuha sekejap ~ Pahala macam orang buat umrah ~ Jangan tinggal solat dhuha ~ Apa pendapat kamu, kalau didepan rumah kamu ada sungai? ~ Kalau mandi sehari lima kali, agak-agak badan ada daki dak? ~ Cara Nabi mengajar para sahabat (contoh yang melekat ke hati) ~ Allah akan padam habis dosa-dosa orang yang tak tinggal solat fardhu ~ Nabi utus seorang sahabat pergi berperang ~ Sahabat yang jadi imam, tapi asyik baca QulhuAllah setiap rakaat ~ QulhuAllah aku pun boleh baca ~ Alasan Ustaz berkuliah panjang ~ Nabi sebagai pemimpin, tak terus melompat bila diberitahu apa-apa berita ~ Alasan suka baca surah QulhuAllah ~ Jangan pandang remeh dan lekeh pada perkara kebaikan -- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 41 -- ~ Masalah boleh atau tidak berijtihad arah kiblat ~ Masalah tengah solat, kawan kata salah kiblat ~ Boleh tukar arah kiblat semasa tengah solat ~ Solat pusing keliling (360 darjah) ~ Apakah dalil solat kena ikut arah kiblat ~ Kitab Sahih Al Bukhari ada banyak kitab syarahnya ~ Solat fardhu dalam apa keadaan pun kena buat ~ Macam mana nak solat.. "Kedai Cina ni.." ~ Bolehkah guna surat khabar cina sebagai lapik tempat solat? ~ Cara solat dalam kapal terbang ~ Boleh atau tidak hadis memansuhkan ayat Quran ~ Contoh-contoh ayat Quran yang berbeza dengan hadis Nabi ~ Nak ikut pendapat mana berkaitan harta waris ~ Ada atau tidak amalan yang sia-sia di hari akhirat ~ Buat sekecil apapun mesti ada pahala ~ Masalah solat tarawih 4 rakaat saja ~ Manusia boleh mai serabut yang diluar jangka ~ Perjanjian Nabi dengan Yahudi Madinah ~ Nabi nak ambil hati orang Yahudi dengan minta ubah kiblat ke Baitul Maqdis ~ Apa jadi dengan sahabat yang solat menghadap ke Baitul Maqdis ~ Musuh buat bermacam-macam isu supaya orang Islam celaru ~ Doktrin supaya orang Islam sendiri pertikaikan hadis Nabi ~ Remote Control watak IS (Serangan pemikiran musuh) ~ Kita hari ni, lebih "champion" daripada Nabi ~ Nabi sangat berhati-hati (Nabi tak jawab soalan sahabat selagi tak turun ayat Allah) ~ Allah lebih sayang dan kesian kepada kita melebihi mak sayang kepada anak ~ Ungkapan-ungkapan orang Arab bila sampai berita kematian seseorang ~ Masalah yang timbul bila nak kerjakan ibadah Saie ketika umrah ~ Adakah Saie itu rukun umrah (topik yang kontroversi) ~ Rukun mesti kena buat tak boleh tinggal dan tak boleh dibayar dengan dam ~ Bila mai tajuk berat sikit, mata pun nak terpejam ~ Pi kursus haji 20 kali, tapi tak reti buat haji ~ Pengalaman ustaz pi haji dengan seorang sahabat ~ Soalan serabut dalam bilik hotel di Mekah ~ Imam mazhab yang paling senior (turutan imam-imam mazhab) ~ Masyarakat yang semakin terdedah dengan sumber maklumat tanpa sempadan ~ Nak baling tiang tripod kat Ustaz --- Sokong Projek Zonkuliah Dengan Menyumbang Ke Akaun Berikut : ➢ https://toyyibpay.com/zonkuliah ➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584 ➢ PAYPAL - paypal.me/DanaZK
More Episodes
Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Simpang Empat, Permatang Buloh, SPU, Pulau Pinang pada 1 April 2019. ~ Satu orang lelaki tinggal dipadang pasir yang dengar suara daripada awan ~ Gumpulan awan bergerak dan turunkan hujan di kebun seseorang ~ Kelam kabut menerima...
Published 04/09/24