BM2 | 240215 | "Khalifah Kontroversi & Tok Imam Bas Ekspress" - Ustaz Shamsuri Ahmad
Listen now
Description
Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah pada 24hb Februari 2015. ~ Kisah Ibnu Abbas dan Ayahnya jumpa Nabi ~ Kecil hati sebab rasa Nabi tidak layan ~ Mak Abdullah Bin Abbas yang menjadi sahabat baik Saidatina Khadijah ~ Nabi sedang bercakap dengan "orang yang tidak dapat dilihat" ~ "Wahai Abdullah, kau nampakkah dia?" ~ Malaikat Jibril yang hanya dapat dilihat oleh orang tertentu ~ Doa Nabi kepada Saidina Abbas ~ Manusia istimewa yang bertugas menyediakan air wudhuk Nabi ~ Fekah maksudnya ilmu faham ~ Ya Allah fahamkan dia ni tentang hal ehwal agama ~ Dua kali diberi peluang melihat Jibril ~ Tidak akan mati sehingga berlaku dua perkara ~ Buta mata sebelum wafat ~ Khalifah Muawiyyah yang kontroversial ~ Apa komen kamu tentang khalifah kita? ~ Banyak benda pelik-pelik dalam negara hari ni ~ Masalah orang berzikir "menari" ~ Tak pernah dengar lagi hadis Nabi berzikir secara "pelik" ni ~ Ustaz pun tak hidup zaman Nabi ~ Masalah benda yang "berupa agama" tapi pelik ~ Yang ni ka yang disebut sebagai 72 jalan yang tak betul ~ Masalah sahabat berperang sesama sendiri yang menimbulkan keserabutan orang awam ~ Solat witir satu rakaat saja tidak pernah lebih ~ Seorang yang sangat faham tentang agama ~ Sahabat-sahabat Nabi tidak memperlekehkan sesama mereka ~ Ustaz seronok menjatuhkan orang lain, akan menjatuhkan diri sendiri ~ Empat orang yang dapat pengiktirafan Nabi, kalau nak belajar tentang Quran ~ Empat orang alim Quran ~ Kasihi orang yang kasih kepada Allah dan Rasul -- BAHRUL MAZI JILID 2 MUKA SURAT 185 -- ~ Kita dilarang "race" dengan imam dalam solat jemaah ~ Tok imam tak sujud lagi, kita sujud dulu ~ Sesungguhnya Imam itu untuk diikuti ~ Masalah tok imam lupa (perlu tak kita buat sujud sahwi, kalau imam sujud sahwi) ~ Masalah tok imam terlupa, tambah rakaat ~ Kalau tok imam bersin, adakah jemaah kena bersin juga? ~ Kebiasaan sahabat berjemaah dengan Nabi ~ Kesayuan di Masjid Tok Guru bila Tok Guru Nik Aziz meninggal ~ Apa hukum bila tok imam tak rukuk lagi, jemaah rukuk dulu? ~ Tidak ada seorang pun ulama yang kata, kita boleh "potong" tok imam ~ Tok Imam ialah pemimpin yang kita yakini ~ Masalah tok imam "bas ekspress" ~ Muka ceria jumpa "sheikh laju" masa solat terawih bulan Ramadan ~ Bab tegah duduk "anjing" semasa duduk dua sujud ~ Duduk "Cina kalah judi" ~ Masalah duduk yang ditegah oleh Nabi ~ Kehebatan Saidina Ali walaupun "agak kontroversi" ~ Kisah ringkas tentang perang Khaibar ~ Bendera adalah simbol kemuliaan (negara berdaulat) dan tanda maruah ~ Orang yang cukup sayang Allah dan Rasul, Allah dan Rasul sayang dia ~ Keturunan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah ~ Kisah masalah rumah tangga dalam Keluarga Saidina Ali ~ "Jatuh hati" kepada anak perempuan Abu Jahal ~ Bahaya kalau baca hadis, tak baca syarah ~ Faham ilmu hadis, baru tak bertengkar ~ Pentingnya "buat research" sebelum baca kitab ~ Kisah Saidina Umar bunuh anak perempuan sebelum Islam ~ Masalah kisah dalam kitab tapi tak ada sumber sahih ~ Kisah popular yang Ustaz "zaman kurus" pun baca ~ Tsalabah tak mahu bayar zakat ~ Duduk yang dibolehkan dan yang diharamkan (ejaan sama tapi maksud berbeza) ~ Sepak ka Sepak? Zaman dulu ada "e tanda" ~ Pengalaman Ustaz mengajar "zaman praktikal" ~ Kaedah untuk menerangkan "tatabahasa melayu" tidak senang ~ Duduk sunnah yang diamalkan oleh Nabi ~ Pening tengok duduk yang berupa huduh dan kurang adab ~ Jangan benda yang Nabi biasa buat, kita kata tak elok ~ Bolehkah kita kata, "hudud tak elok dan tak sesuai"? ~ Takkan Tuhan tak fikir, galak nak potong tangan orang ~ Kena semua setuju untuk buat bagi elok ~ Kita orang Islam tak boleh kata tak setuju ~ Bincang dengan harmoni dan penuh rasa bersalah kepada Allah ~ Biar sampai rasa kemanisan hukum Allah --- Sokong Projek Zonkuliah Dengan Menyumbang Ke Akaun Berikut : ➢ https://toyyibpay.com/zonkuliah ➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584 ➢ PAYPAL - paypal.me/DanaZK --- #Zonkuliah #UstazShamsuri #Kuliah
More Episodes
Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Simpang Empat, Permatang Buloh, SPU, Pulau Pinang pada 1 April 2019. ~ Satu orang lelaki tinggal dipadang pasir yang dengar suara daripada awan ~ Gumpulan awan bergerak dan turunkan hujan di kebun seseorang ~ Kelam kabut menerima...
Published 04/09/24