EPISOD 9 - KEMENANGAN BENDERA PELANGI?
Listen now
Description
Episod 9 Borak Pom Pam. Hangat juga baru-baru ini kes membabitkan Mahkamah Persekutuan membenarkan usul dikemukakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii. Keputusan itu sekali gus 'mengetepikan' undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah. Adakah berlaku pertembungan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah? Dengarkan kupasan menarik ini oleh pengamal perundangan syariah sendiri dan pernah terlibat dengan beberapa kes perundangan syariah berprofil tinggi pada jam 10 malam ini. Disclaimer: Sebarang tutur kata dan suara yang keluar daripada Borak Pom Pam adalah pandangan dan ilham daripada empunya suara, tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan Pod Bean, Spotify, Apple Podcast atau mana-mana penyiar podcast terlibat, hanya bertujuan sebagai medium berkongsi maklumat, membuka minda, dan hiburan, bukan memiliki agenda tertentu atau bertujuan secara profesional.
More Episodes
Salam Pom Pam Semua! Podcast Duo Borak Pom Pam kembali dan Episod 26 MFY dan Cikgu Faris nak berborak panjang dalam dua segmen, pertama isu kontroversi arak Timah + Isu Pulau Batu Puteh. Kemudian di segmen kedua kami pom pam pulak pasal PRN dan Politik Melaka. Paling menarik ada tetamu...
Published 10/23/21
Salam Pom Pam Semua! Podcast Duo Borak Pom Pam kembali dan Episod 25 kali ini membicarakan Gelembung Pelancongan Langkawi yang dilancarkan Kementerian Pelancongan sebagai projek perintis untuk dikembangkan ke lokasi pelancongan lain. Namun, seperti biasa mendapat dwi kritikan daripada netizen,...
Published 09/20/21
Published 09/20/21