Episodes
Salam Pom Pam Semua! Podcast Duo Borak Pom Pam kembali dan Episod 26 MFY dan Cikgu Faris nak berborak panjang dalam dua segmen, pertama isu kontroversi arak Timah + Isu Pulau Batu Puteh. Kemudian di segmen kedua kami pom pam pulak pasal PRN dan Politik Melaka. Paling menarik ada tetamu jemputan Encik 'Caprice' muncul ditengah-tengah rakaman dibuat. Nak tau apa Encik 'Caprice' pom pamkan? Jom dengar Podcast Duo Borak Pam Pam!!! #borakpompam  #episod26  #araktimah  #pulaubatuputeh ...
Published 10/23/21
Salam Pom Pam Semua! Podcast Duo Borak Pom Pam kembali dan Episod 25 kali ini membicarakan Gelembung Pelancongan Langkawi yang dilancarkan Kementerian Pelancongan sebagai projek perintis untuk dikembangkan ke lokasi pelancongan lain. Namun, seperti biasa mendapat dwi kritikan daripada netizen, ada yang menyokong, malah tidak lupa juga mengecam dan tidak bersetuju. Apa pandangan anda dengan Gelembung Pelancongan Langkawi? Segmen kedua pom pam kita kupas pulak Perjanjian Persefahaman (MoU)...
Published 09/20/21
Published 09/20/21
Salam Pom Pam Semua! Episod 24 Podcast Duo Borak Pom Pam kembali dan kali ini membicarakan kisah 779 cikgu kat Johor yang tak mahu divaksinasi dan telah dipanggil Tunku Mahkota Johor untuk menghadap pada Jumaat nanti.  Ada juga terselit sikit kupas pasal PM9 yang baru angkat sumpah dan situasi perjalanan politik Malaysia...  Apa yang kami pom pamkan? Meh la dengar Episod 24!! #Borakpompam  #Episod24  #TakNakVaksin  
Published 08/23/21
Salam semua, jom dengar Borak Pom Pam Episod 23... sambungan daripada Episod sebelumnya... 'Revoke' Punya Pasal. Dalam versi 2.0 ni MFY dan Cikgu Faris nak pompamkan pasal Kenyataan Media Istana Negara dan Kenyataan Balas Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung isu Pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang menjadi Krisis Perlembagaan membabitkan Kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong.  Kami bedah dua2 kenyataan media ini dan melontarkan pandangan masing-masing, tapi anda punya pandangan juga....
Published 07/30/21
Episod 22 kali ni, MFY ngan Cikgu Faris nak pom pam jugak pasal 'revoke' Ordinan Darurat yang kecoh dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat kelmarin. Memang bagus Darurat batal, tapi apa implikasi Menteri Undang-undang bila tetiba dia 'announce' dah 'revoke' Ordinan Darurat? Apa prosedur betul nak 'revoke' ordinan ni? Meh dengar MFY ngan Cikgu Faris pom pam!  #BorakPomPam  #Episod22  #RevokePunyaPasal  #DewanRakyat
Published 07/28/21
Podcast Duo Borak Pom Pam kali ini MFY & Cikgu Faris pompamkan pasal keadaan terkini Kerajaan Mahiaddin, keputusan UMNO nak tarik sokongan terhadap Mahiaddin dan akhirnya kes Covid-19 terus kekal mencanak sehingga 9,180, tertinggi pernah direkodkan Malaysia. Panjang lebar kami borak dan kupas, sediakan minda yang bebas dan berfikiran kritis sebelum dengar bagi mengelak anda menggelupor kemarahan.  #BorakPomPam   #Episod21   #MahiaddinUmno9,180
Published 07/10/21
Episod 20 kali ini Podcast Duo Borak Pom Pam bersama MFY dan Cikgu Faris akan berceloteh dan membicarakan sembah menghadap pemimpin-pemimpin parti politik negara kepada Yang di-Petuan Agong sejak minggu lalu dan hari ini. Apa yang menjadi topik hangat susulan persitiwa sembah menghadap adalah cadangan mewujudkan MAGERAN atau Majlis Gerakan Negara yang menyebabkan ramai politikus 'menggelupor' ulas dan keluarkan kenyataan. Apa pun keputusannya 16 haribulan Jun nanti akan diadakan Mesyuarat...
Published 06/14/21
Hari ini MFY dan Cikgu Faris mengulas isu catatan dimuat naik Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri tempoh hari yang mendapat reaksi luar biasa warganet dan netizenssss hanya dalam beberapa minit dimuat naik... Sehinggakan turut menjadi topik dalam laporan berita kat Malaysia, dek kerana gambar beliau sedang menutup pintu pejabat sambil disertakan dengan catatat "SAYA DAH TUTUP PINTU DEPAN TAPI......................................... (Emoticon Menangis)... Apakah yang...
Published 06/04/21
Episod 18 kali ini Podcast Duo Borak Pom Pam mengulas isu yang menggegarkan Malaysia sehari dua ni mengenai Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang dipecat serta-merta sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana). Pemecatan dibuat selepas beberapa hari tular video beliau mengendalikan sidang media berkait insiden perlanggaran LRT baru-baru ini. MFY dan Cikgu Faris bukan kupas pasal 'Si Probok' ni je, tapi turut mempompamkan keseluhan situasi lantikan...
Published 05/28/21
Podcast Duo Borak Pom Pam kembali setelah sekian lama tidak ke udara dan Episod 17 kali ini aku, MFY dan Cikgu Faris nak pom pam kan isu konflik Palestin-Israel...  Korang boleh dengar juga ada bunyi 'serangan ceasefire' dilepaskan ketika rakaman podcast ni dibuat, seolah-olah disabotaj oleh Rejim Zionis hahaha... Memang berat sikitlah isu ni tapi kita perlu la juga tahu serba sedikit supaya takdelah 'mcm katak bawah tempurung' kan... Kami kupas isu ini dalam tiga bahagian iaitu: i....
Published 05/25/21
Episod 16 edisi Pom Pam Moreh sempena bulan Ramadan ni pulun beberapa isu yang berlaku di Malaysia sepanjang dua minggu ke belakang... Maklumlah, Podcast Duo Borak Pom Pam hampir 2 minggu sunyi tidak ke udara, sepuluh jari dihulur buat semua pendengar setia Borak Pom Pam. Kali ni MFY dan Cikgu Faris kembali pulun beberapa isu antaranya itulah yang kat tajuk tu... nak tau apa kami berdiskusi, jom dengarkan!  p/s - Selain aplikasi PodBean, Borak Pom Pam juga boleh dicapai di beberapa...
Published 04/29/21
Podcast Duo Borak Pom Pam dalam Episod 15 bercerita kisah pendedahan rakaman audio dan suara yang dikatakan mirip Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ditularkan beberapa hari lalu. Sejurus tular, lantas landskap politik Malaysia disajikan dengan pelbagai spekulasi tentang siapakah dalang yang mencipta audio itu dan menyebarkannya selain persoalan adakah rakaman audio berkenaan tulen? Kenyataan penafian daripada dua sosok yang...
Published 04/09/21
Dalam Episod 14, Podcast Duo Borak Pom Pam yang menggandingkan MFY dan Cikgu Faris berdiskusi mengenai kes SPRM yang menggemparkan negara baru-baru ini iaitu Kartel Tender didalangi seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' yang membolot tender projek daripada agensi kerajaan bernilai RM3.8 bilion!  Antara lain yang dikupas adalah gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam, mengapa masih berleluasa dan berlaku walaupun pelbagai kempen basmi rasuah diadakan? #borakpompam  #episod14  #SPRM ...
Published 04/08/21
Episod 13 aku, MFY dan Cikgu Faris pom pamkan perjalanan politik Malaysia pasca Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung hujung minggu lalu. Bukan semata-mata diskusi santai mengenai PAU2020, tapi apa yang bakal jadi dengan UMNO, Bersatu, PAS dan lain-lain? Politik main tarik tali, ugut mengugut antara UMNO dan Bersatu? Ikuti diskusi pom pam kami rakyat mentimun ini, kami juga dahagakan pandangan dan pendapat anda. Ayoh share kat ruangan komen! #borakpompam #episod13 #PAU2020
Published 04/02/21
Podcast Duo Borak Pom Pam kembali dengan Episod 12 selepas tidak keudara selama dua minggu, masih dengan MFY dan Cikgu Faris yang akan berborak pom pam mengenai isu hubungan Malaysia dan Korea Utara yang menjadi hangat minggu ini.  Apa punca, apa kesan, adakah kita berperang dengan Pyongyang? Semuanya kita pom pamkan dalam episod ni.. Jadi, ayoh pom pamkan minda korang sekali! Biar pom pam, janji berilmu!
Published 03/23/21
Episod Khas Podcast Santai Borak Pom Pam adalah rentetan Episod 8 sebelum ini dan kali ini, merungkai polemik Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 4 yang 'diserang' beberapa pihak. Yang menariknya, episod kali ini julung kalinya menampilkan Dr Sahul Hamid yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah UPSI sebagai tetamu undangan. Kami merumuskan beberapa perkara pokok dan penting sepanjang 3 sesi wacana berkenaan polemik buku teks Sejarah KSSM Tingkatan 4 yang melibatkan beliau sebagai ahli...
Published 03/10/21
Episod 10 Podcast Duo Borak Pom Pam hari ini kita sembang pengalaman dan perspektif 2 sahabat ini mengenai Naratif Parti Melayu. Kita sembang apa yang sempat dan sebolehnya menjaga tatasusila sebagai warganegara Malaysia.  Kita lusuri sejarah awal parti Melayu di Tanah Melayu, kemudiannya pasca pembentukan Malaysia seterusnya hingga ke hari ini... Apa naratif parti Melayu dan apa akan jadi dengan parti Melayu pada masa akan datang?   Disclaimer: Sebarang tutur kata dan suara yang keluar...
Published 03/05/21
Episod 9 Borak Pom Pam. Hangat juga baru-baru ini kes membabitkan Mahkamah Persekutuan membenarkan usul dikemukakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii. Keputusan itu sekali gus 'mengetepikan' undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah. Adakah berlaku pertembungan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah? Dengarkan...
Published 02/28/21
*Disebabkan permintaan, Borak Pom Pam terpaksa mengeluarkan dua episod berturut-turut semalam dan hari ini bagi mengelakkan isu hari ini basi ditelan zaman Episod 8 Podcast Duo Santai: Co-host Borak Pom Pam, Cikgu Faris mengambil tanggungjawab sebagai guru sejarah untuk menjawab persoalan adakah silibus subjek Sejarah dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM telah dimanipulasi oleh Kerajan PH bagi memberi perspektif berbeza berkenaan sejarah negara.  Kita bedah sedikit bahagian dalam buku...
Published 02/25/21
Episod 7 malam ini Borak Pom Pam diskusi santai mengenai Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) oleh Kementerian Kesihatan. Cikgu Faris sebagai seorang tenaga pengajar di sekolah meluahkan apakah impak dan adakah pelaksanaan PdPR ini berkesan? Sama-sama kita dengarkan luahan Cikgu Faris dan pom pamkan sekali minda!    
Published 02/24/21
Borak Pom Pam Episod 6 membicarakan persoalan Legislatif Lumpuh? Seorang co-host (Apong Satan) yang pernah berkhidmat sebagai peguam memberi penekanan tentang pentingnya generasi muda celik mengenai Perlembagaan negara kita yang menjadi asas pembentukan negara kita serta memahami semangat 'seperation of power' antara ketiga-tiga badan pemerintahan negara.   Terkait juga dengan isu surat yang dihantar oleh Dato' Sri Azalina Othman Said selaku Timbalan Speaker Dewan Rakyat kepada Peguam...
Published 02/21/21
Episod 5 guys, kita layankan tetamu kita dalam Podcast Borak Pom Pam Live malam ini, Apong Satan seorang pengamal undang-undang yang berbicara atas kapasiti penonton dan peminat filem... membincangkan topik 'Kembang Kuncup Filem Melayu'.Pukul 9:00 malam ini kasi Pom Pam.
Published 02/18/21
Pelacuran dan sugar daddy... Fokus Borak Pom Pam malam ni.. Ketika rakaman episod 4 ni kelmarin, aplikasi yang heboh tu masih boleh diakses kata Cikgu Faris... Kenapa baru sekat aplikasi tu semalam, sedangkan isu billboard naik dah lama... pemantauan? Sejarah pelacuran di Tanah Melayu seawal 1780?* Tidak perlu terkejut kerana industri pelacuran adalah industri tertua di dunia. Budaya masyarakat di Malaysia masih belum menerima aktiviti pelacuran, tetapi 'permintaan' sentiasa tinggi... Apa...
Published 02/16/21
Episod 3, Borak Pom Pam berceloteh polemik agama yang bikin kecoh kat Malaysia beberapa minggu kebelakangan ini, iaitu Agama Melayu dan juga al-kisah tokoh pendidik mendakwa 2,500 profesor di Malaysia ni tiada kualiti.  * Terma 'Profesor Kangkung' yang digunakan adalah bukan rekaan Borak Pom Pam, tetapi diasaskan dan pertama kali digunakan oleh bekas Menteri Luar, Saifuddin Abdullah, yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia.  Jom dengarkan Borak Pom Pam sambil bukak minda korang!
Published 02/13/21