Episodes
Hati-hati bila memilih bulatan kecil (inner circle) kita. Bagaimana pilih Inner Circle kita dan yang paling penting sekali cara kita kecilkannya? Apa ukurannya? Podcast ini membantu membuat penilaian.Support the Show.
Published 04/19/24
Published 04/14/24
Dalam episod Diari Ayah kali ini, kami kupas perjalanan drummer lovehunters, Saharudin Jalil sepanjang kerjayanya. Kita juga ketahui bagaimana beliau membesarkan anak-anak hingga ke universiti dan cara dia mengelak unsur-unsur yang tidak baik yang wujud dalam industri muzik. Support the show
Published 04/14/24
Selama 6 tahun 'Sofia', bukan nama sebenar, tidak dapat tidur dengan suaminya atas penderaan yang beliau lalui. Apakah tanda pasangan yang 'abusive' ini. Bolehkah kita kenalpasti sebelum berumahtangga? Dengarkan pengalaman Sofia. Jika anda hadapi keganasan keluarga atau kenal sesiapa yang melaluinya hubungi Talian Bantuan Anti Keganasan Nasional 1800-777-0000 atau pihak polis. Support the show
Published 03/03/24
Diari Ayah : Dato' Sri Aliff Syukri yang dirakam di Singapore Expo semasa Gegar Fest. terima kasih Eventify kerana bantu aturkan temuramah ini  Support the show
Published 12/19/23
Saya belajar banyak perkara tentang perniagaan F&B daripada Mohamad Hafiz Salim Alkhatib, pemilik The Malayan Council. Nama restoran yang tidak asing lagi di Singapura. Bagaimana Hafiz menjaga restorannya hari ini dan bangun dari kegagalan bila bermula berniaga dahulu.  Support the show
Published 11/23/23
 Diari Ayah Plus bertemu Sheikh Alwie Sheikh Ali yang mempunyai 5 orang anak dan semua merupakan peniaga. Mari kita dengar pengalamannya membesarkan anak2 menjadi usahawan apa yang boleh kita pelajari.
Published 11/03/23
Fadil banyak lalui cabaran hidup. Bercerai, kemudian seorang daripada anaknya meninggal. Namun bagaimana beliau bertahan dan kini menerima hadiah Umrah daripada insan yang budiman.
Published 08/12/23
Saya bertemu dengan lagenda komedi Ahmad Stokin yang berkongsi tentang kerjayanya dalam persada komedi tempatan. Dia juga berkongsi sedikit fakta tentang kehidupannya dan pengalamannya sebagai tukang paip. Follow Diari Ayah di Spotify & tiktok Diari Ayah ini terbitan ScreenBox Pte Ltd dengan sokongan KedaiSujimy.com dan sujimy.com
Published 06/09/23
Bagaimana saya dapat undangan naik Haji daripada kedutaan Arab Saudi. Bagaimana persiapan saya walau ada 4 hari saja sebelum berangkat. Berapa harga Haji DIY (buat sendiri) dan perkara-perkara yang kami lalui serta pelajari ... inilah perjalanan Haji saya dan anak sulung saya, Qistina, yang sukar dilupakan. Syukur Ya Allah. Anda boleh sokong podcast saya dengan like and follow & jangan lupa sokong kedaisujimy.com Saya sangat2 hargai.
Published 11/13/22
Saya sempat bertemu Fuad Rahman dan bertanyakan perjalanan Gegar Vaganzanya dan perasaan bertemu anak sendiri setelah sekian lama tidak bertemu mereka. Fuad juga mengongsi sejarahnya bersama arwah ayahnya serta bagaimana ibunya bantu beliau mengecap hidup baru diluar penjara. Anda juga boleh dengar Fuad mengaji dalam podcast ini. https://www.instagram.com/sujimymohamad/ Video version on my youtube & Facebook
Published 10/13/22
Pemilik SELERA RASA NASI LEMAK & Pengasas Bersama CRAVE NASI LEMAK, Dr Abdul Malik Hassan mengembangkan perniagaan nasi lemak CRAVE ke 48 cawangan serata Singapura dalam beberapa tahun sahaja. Sangat menarik mendengar cara beliau mendapat restu ibu bapa dalam perniagaannya. Beliau banyak nasihat kepada semua peniaga, lebih-lebih lagi yang ingin buka perniagaan makanan dan sudi memberikan formula kejayaan. Follow Dr Abdul Malik Hassan di instagramnya Follow Diari Ayah di Spotify &...
Published 07/26/22
Sempena hari bapa, saya bawakan sebuah lagi episod Diari Ayah, kali ini bersama lagenda bola sepak tempatan Fandi Ahmad.  Beliau menceritakan perjalanan hidupnya dan buku biografi terbarunya yang bertajuk “Honour & Sacrifice”  Terbitan ScreenBox Pte Ltd #diariayah #podcast www.sujimy.com www.screenbox.com www.kedaisujimy.com  
Published 06/19/22
Saya bertemu Mohamad Hussin Bin Said, Pemilik Mangobossku Last Warning untuk merakam perjalanan hidupnya yang boleh menjadi tauladan. Seorang yang ditinggalkan ayahnya sejak kecil, main baju kemudian menjadi seorang peniaga yang  tidak mengenal penat dan maju. Inilah Diarinya Manggobossku di The Grandstand, 200 Turf Club Rd. Singapore. www.kedaisujimy.com www.sujimy.com 
Published 05/31/22
Yang berpengaruh boleh mempengaruh, namun jangan terpengaruh.   - Datuk Ramli Sarip Perjalanan 50 tahun yang penuh pengajaran & inspirasi. Terlalu banyak pengajaran yang saya dapat bila berpodcast dengan Datuk Ramli Sarip. Datuk juga secara spontan main guitar dan nyanyi dalam podcast ini! Enjoy semua! Podcast ini dirakam sebelum album Rasa dilancarkan. Namun album baru Datuk Ramli sudah di pasaran dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh ke IG @ramlisaripofficial  
Published 01/31/22
Perubahan Aliff Aziz sangat ketara. Saya sempat terbitkan sebuah podcast bersama Aliff secara remote untuk memahami isihatinya dalam banyak perkara. www.kedaisujimy.com www.sujimy.com My Instagram
Published 12/06/21
Diari Ayah Plus bertemu Muhammad Rizlan dan beliau mengongsi pengalamannya menjadi seorang bapa titipan. Bagaimanakah sebuah keluarga  menyesuaikan diri mereka menjaga anak-anak titipan? Dengarkan perkongisan Muhammad Rizlan dalam episod Diari Ayah Plus kali ini.  Bagi mereka yang sudah berniat  mengambil anak-anak titipan, anda boleh lungsuri www.msf.gov.sg/fostering untuk maklumat lanjut.
Published 11/12/21
Kadang kita hanya faham perspektif seseorang bila kita kenal apa yang mereka lalui. Mengapa Ustaz Zahid Zin berpendapat Asatizah perlu berjaya dalam hal dunia? Ada manfaatnya bila mengajar ilmu akhirat apabila asatizah sendiri maju. Dapat keterangan lanjut bersama Ustaz Zahid Zin  dalam temubual #podcast #diariayah kali ini. Kini saya faham mengapa beliau menumpukan beberapa perkara dalam hidup dan media sosialnya.  Beliau juga menceritakan bagaimana barakah ibu ayah yang membantu...
Published 08/21/21
Betul, semuanya dalam hidup kita akan menjadi okay bila kita awas dengan beberapa perkara yang sedang berlaku dalam hidup kita ini. Saya senaraikan dalam podcast ini beberapa perkara penting. Jika anda dapat melakukannya, in shaa Allah aman, tenang dan luas dada menghadapi ujian dan cabaran dalam perjalanan hidup ini. Trust Allah. www.kedaisujimy.com
Published 06/06/21
Bakat serba boleh Khairudin Samsudin masuk ke studio podcast Diari Ayah. Banyak perkara yang beliau kongsi: daripada perjalanannya semasa dibengkel kanak-kanak,  saat ibu bapanya berpisah, zaman beliau mula minat berlakon hingga ke saat beliau menjadi penerbit & pengarah yang sering tidak putus menerima pelbagai projek. Khai juga berkongsi prinsip hidupnya sebagai seorang ayah dan mengapa beliau suka anak-anaknya berdikari. Terlalu banyak pelajaran hidup yang beliau kongsi dalam podcast...
Published 05/27/21
Encik Suhaimi Jais sudah lebih 4 dekad berkecimpung dalam bidang penerbitan televisyen. Beliau banyak menerbitkan rancangan TV berbajet besar seperti Miss Universe, Bunga Tangjung, Anak Metropolitan dan banyak lagi.  Tak ramai yang tahu beeliau juga...
Published 04/24/21
Diari Ayah bertemu abang Husin Saaban, seorang pelawak veteran Singapura yang bertahan lama di bidang seni. Mulanya sebagai seorang penyanyi, beliau kemudian berjinak-jinak menulis skrip sehinggalah ke hari ini.Beliau menceritakan hidupnya sebagai...
Published 03/05/21
Diari Ayah Plus adalah lanjutan kepada podcast Diari Ayah di mana saya bertemu di luar studio sesiapa saja yang ada cerita menarik. Jadi kenalkan kepada Sujimy jika anda kenal sesiapa.Ahmad Jamil adalah seorang duda 71 tahun. Beliau pernah dilanggar...
Published 02/19/21
Dalam episod tambahan yang kami namakan Diari Ayah Plus, saya bertemu Firdaus Anuar, Pengasas MFAG - MFAGroup dan bertanya kepentingan perancangan kewangan dalam keluarga yang boleh dimulakan dari muda lagi. Dengarkan podcast penuh Diari Ayah bersama...
Published 02/16/21
Diari Ayah bertemu Rafaat Hamzah, pelakon, artis, pengarah, penulis skrip dan puisi menceritakan naik turun sebagai anak seni di Singapura.Follow www.twitter.com/sujimymohamadFollow instagram.com/sujimymohamadFollow www.kedaisujimy.com
Published 01/22/21