Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?
Listen now
Description
Konflik yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza, sudah menghampiri tiga bulan. Jumlah mangsa yang terkorban mencecah sekitar tiga puluh ribu orang. Ini jauh daripada angka dan apa yang telah kita saksikan di peringkat awal dahulu. Kini, kita perlu menyoal, adakah kita masih komited dengan perjuangan membantu dan bersolidariti dengan saudara-saudara kita di Palestin, di Gaza, atau bagaimana?Jika kita sandarkan komitmen solidariti kita kepada usaha menyebarkan foto-foto mangsa yang terkorban, jumlah yang terkorban itu sudah berganda-ganda jauh lebih besar daripada apa yang terjadi dua bulan yang lalu. Ketika menyentuh hal ini dua bulan yang lalu, saya berdepan dengan serangan daripada sesetengah netizen. Seumpama mereka hanya membaca tajuk, lantas salah faham dan tidak bersetuju dengan saranan yang dikemukakan. Saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca, bahawa konflik Palestin ini memerlukan kita bernafas panjang. Ia tidak boleh bergantung semata-mata kepada emosi amarah dan sedih yang berhubung rapat dengan penyebaran imej dan video grafik mangsa kekejaman Zionis itu.Teruskan bersolidariti, jangan patah semangat dan murung dengan kesedihan demi kesedihan yang melanda.Fokus, kukuhkan diri, ikuti laporan berita setiap hari, fahamkan daripada dimensi yang pelbagai, agar lebih memahami.Jangan lupa berusaha bersama-sama memperbaiki diri, meningkatkan kelayakan kita ketika berdoa, agar Allah lebih memandang doa kita, para hamba-Nya.Sambutlah juga solidariti dan sokongan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia yang buat pertama kalinya membuka mata untuk melihat siapakah syaitan sebenar di sebalik segala musibah yang berlaku ini.Bebas Palestin!Artikel penuh di blog PALESTIN.SAIFULISLAM.COM#bebaspalestin --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
More Episodes
Here is a snippet from Saturday’s talk in DublinThe injection of the religious flavour into Zionism and what we as Muslims should learn from it.#freepalestine #irishpalestinian #irelandpalestine #irelandpalestinesolidarity --- Send in a voice message:...
Published 01/15/24
Published 01/15/24
𝗙𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵Sungguh menghairankan apabila orang-orang agama berusaha keras untuk menjustifikasikan bahasa kasar dan kesat di dalam ceramah dengan alasan ini adalah bahasa biasa di daerah di mana kami berada, dan di negeri di mana kami berasal. Tradisi keilmuan...
Published 01/08/24