Episodes
Here is a snippet from Saturday’s talk in DublinThe injection of the religious flavour into Zionism and what we as Muslims should learn from it.#freepalestine #irishpalestinian #irelandpalestine #irelandpalestinesolidarity --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
Published 01/15/24
Published 01/15/24
Konflik yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza, sudah menghampiri tiga bulan. Jumlah mangsa yang terkorban mencecah sekitar tiga puluh ribu orang. Ini jauh daripada angka dan apa yang telah kita saksikan di peringkat awal dahulu. Kini, kita perlu menyoal, adakah kita masih komited dengan perjuangan membantu dan bersolidariti dengan saudara-saudara kita di Palestin, di Gaza, atau bagaimana?Jika kita sandarkan komitmen solidariti kita kepada usaha menyebarkan foto-foto mangsa yang...
Published 01/12/24
𝗙𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵Sungguh menghairankan apabila orang-orang agama berusaha keras untuk menjustifikasikan bahasa kasar dan kesat di dalam ceramah dengan alasan ini adalah bahasa biasa di daerah di mana kami berada, dan di negeri di mana kami berasal. Tradisi keilmuan ulama kita di Tanah Melayu di Nusantara, bukan perkara baru. Namun dahulukala, kita tidak jumpa masyaikh dan tok-tok guru kita menggunakan bahasa-bahasa demikian dalam ucapan ataupun tulisan mereka....
Published 01/08/24
Sungguh luar biasa Palestin ini kerana semua kematian yang terjadi di bumi itu adalah kematian yang menghidupkan. Artikel penuh di https://saifulislam.com/2023/12/tragedi-gaza-runtuhkan-tembok-rome/ --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
Published 12/26/23
“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada ucapan Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi semasa menghantar surat seperti yang dirakam di dalam tarikh A-Tabari dan Al-Bidayah Wa al-Nihayah oleh Ibnu Kathir. Kata Khalid bin Al-Walid radiallahu anhu: بسم الله الرحمن الرحيم، من خالد بن الوليد إلى ملوك فارس، فالحمد لله الذي حل نظامكم ووهن كيدكم، وفرق كلمتكم… فأسلموا وإلا فأدوا الجزية وإلا فقد جئتكم بقوم يحبون الموت كما تحبون...
Published 12/20/23
Harapan saya ialah pertembungan yang berlaku di antara pihak yang mahu menganjurkan acara ini dan mereka yang tidak bersetuju, sebolehnya biarlah pertembungan itu lahir dalam bentuk menunjukkan kebijaksanaan, kematangan, kedua belah pihak pada mencari jalan untuk mengharmonikan sesama rakyat Malaysia yang ada latar belakang yang berbeza dan bukan semata-mata menyambung bahasa pertembungan daripada masyarakat di tanah air yang sudah begitu kronik terpisah hidup dalam dunia masing-masing...
Published 11/28/23
Perkongsian Omar Barghouti di majlis berkenaan menunjukkan bahawa boikot perlu dilakukan hasil daripada penelitian, mempertimbangkan kesan yang boleh dihasilkan dan bukan semata-mata untuk memuaskan emosi marah kita terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan kezaliman ke atas penduduk Palestin. Saya menutup perkongsian ini dengan kita merenung kepada sepotong hadis Nabi ﷺ yang terdapat di dalam Sahih Muslim:من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك...
Published 11/22/23
Walaupun Ireland tegas membela Palestin, ketegasan itu adalah suara rakyat, aktivis masyarakat dan ahli politik blok pembangkang iaitu Sinn Féin, People Before Profit dan Social Democrats. Ada pun kerajaan semasa yang terbentuk daripada tiga parti utamanya iaitu Fine Gael, Fianna Fáil dan Green Party, mereka masih lunak dengan Lionistz .Saya berpendapat, punca utamanya dua:1. Mereka anggap kemajuan yang sedang Ireland nikmati sekarang akan terjejas jika hubungan dengan USA, UK, Perancis,...
Published 11/21/23
Lima Hukum Asas Kebodohan Manusia oleh Carlo M. Cipolla, petikan Webinar sepanjang 5 jam bertajuk 'Membedah Kebodohan'. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
Published 11/13/23
Benarkah jika kita tidak kongsikan foto dan video ngeri daripada medan peperangan di Gaza, di Palestin, bermakna kita tidak prihatin dan simpati kepada saudara-saudara kita yang menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis di sana? Persoalan ini tidak masuk akal. Pertamanya, perbincangan yang saya timbulkan beberapa hari yang lalu tidak langsung mempertikaikan kepentingan untuk foto dan juga video disebarkan. Ia penting dan ia adalah apa yang diperjuangkan oleh antaranya wartawan-wartawan yang...
Published 11/10/23
Pada suatu ketika, seorang pemimpin yang dipuja puji oleh pengikutnya sampai ajal dan bertemu dengan kematian. Pemimpin agung itu dikebumikan dan atas rasa cinta kasih sayang pengikutnya, mereka membina sebuah patung yang rupanya tidak ubah seperti pemimpin itu semasa hayat beliau. Pada suatu hari, seekor burung kecil hinggap di atas hidung patung berkenaan. Burung kecil itu melepaskan hajatnya dengan penuh kehinaan ke atas hidung pemimpin yang agung itu. Kemudian burung itu pergi begitu...
Published 11/08/23
Soalan yang diajukan sesama kita umat Islam ialah “Hamas ini tak ada buat salah ke?” Dan “kalau jika Hamas ada buat salah mengapa kesalahan Hamas itu tidak ditegur?” Kita mungkin khuatir bukan Muslim akan memberikan tanggapan seolah olah kita umat Islam ini bias berpihak kepada Hamas, walaupun Hamas melakukan kesalahan dan mengecam Zionis semata mata kerana Zionis itu by default adalah jahat dan salah, tidak objektif dalam menilai apa yang berlaku. Pertanyaan itu relevan dan penting. Cuma...
Published 11/06/23
Panduan untuk ibu bapa berinteraksi dengan anak mengenai isu Palestin di rumah. #BebasPalestin --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
Published 11/06/23
Di samping keperluan menyebarkan foto dan video peperangan untuk laporan dan pengetahuan, bagaimana pula dengan kesannya kepada diri kita semua, terutamanya kanak-kanak? Apakah Rasulullah ﷺ membekalkan apa-apa petunjuk untuk kita jadikan panduan dalam hal ini?8 minit pelaburan masa anda untuk kita sama-sama bincangkan hal ini. https://saifulislam.com/2023/11/baik-buruk-sebaran-foto-dan-video-ngeri-perang-palestin/#bebaspalestin --- Send in a voice message:...
Published 11/06/23
Mungkin persoalan membezakan di antara Zionis dan Yahudi tidak begitu ketara kepentingannya di dalam konteks di Palestin. Namun di luar daripada bumi Palestin, perkara ini perlu diberikan perhatian secara khusus kerana kita perlu berlaku adil untuk tidak mengelompokkan orang orang yang beragama Yahudi sebagai golongan yang by default bersetuju dengan apa yang dilakukan di Israel. Malah mereka juga giat bekerjasama dengan gerakan gerakan anti kepada Zionis, bersolidariti dengan penduduk...
Published 10/26/23
As teachers, should we tell our students in front of the classroom, are we supporting Palestine or Israel?  As an individual, no one can or should force us to believe in something or support whatever we decide to support. We are all free men and women to determine our options. But we must professionally uphold the integrity of being educators and teachers by understanding our priorities. Being teachers, what matters the most is the learning, the process. Hence, we need to deploy specific...
Published 10/20/23
- Hubungan Sejarah Ireland dengan Perjuangan di Palestin:Asalnya, perjuangan pembebasan Irish Republican dilihat sama dengan gerakan Zionis pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Simpati berubah selepas Zionis terima cadangan Inggeris memecah belahkan Palestin, 1937; PM Ireland, Eamonn De Valera berucap di League of Nations membantah hal itu. Zionis dan Inggeris dilihat sebagai penjajah, lantas mengubah sokongan Ireland.- Tindakan Politik Ireland:Ireland menjadi anggota EU pertama...
Published 10/16/23
Nota ceramah tahun 2009. Harapnya masih relevan untuk mutalaah kita bersama hari ini, tatkala bumi Isra' sekali lagi bergelora besar. Saya buat rakaman baharu. Mudah-mudahan tidak kena tindakan oleh Youtube dan FB. Notanya saya letak di blog. Nota bersama 25 isi utama perkongsian ini boleh sahabat baca di blog saifulislam.com iaitu di https://saifulislam.com/2023/10/mengapa-usa-berbelanja-besar-untuk-regim-z-itu/ --- Send in a voice message:...
Published 10/11/23
Memetik saranan Said Hawwa di dalam bukunya agar musim kehadiran sambutan Maulid al-Rasul ﷺ , dimanfaatkan kesediaan masyarakat untuk berprogram, dengan mengadakan pengisian yang mendekatkan kita dengan Baginda ﷺ. Namun pengisian itu eloklah diusahakan agar seimbang di antara mengungkapkan Sirah dengan bahasa yang memberi kepuasan berfikir, dengan bahasa yang memberi kemanisan berperasaan. Asalkan kedua-duanya berlaku di dalam ruang lingkup garis panduan halal haram agama Islam ini. ---...
Published 09/29/23
Seronokkah jadi individu yang ada ADHD? Apabila kita banyak memperkatakan tentang satu satu perkara, ada kecenderungan dalam masyarakat kita, perkara tersebut menjadi viral, diperkatakan, dan banyak benda pelik yang tidak berlaku di tempat lain berlaku di dalam masyarakat kita.Makanan, pakaian, macam-macam benda, selalu dibentuk oleh apa yang tular, Tetapi ADHD bukan makanan, bukan minuman, bukan trend, bukan hype. ADHD adalah cabaran yang benar-benar dihadapi oleh individu yang mengalaminya....
Published 09/26/23
Merenung kembali musim panas baru baru ini, kali ini saya pulang bersama keluarga dan kena uruskan sendiri semua fungsi eksekutif berbanding pulang bekerja sekejap-sekejap sebelumnya. Sebagai individu ADHD, banyak sekali kejadian berkaitan yang berlaku. Antaranya, saya kehilangan wallet ketika solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan di Putrajaya. Alhamdulillah selepas solat Jumaat, imam yang bertugas telah membuat pengumuman meminta supaya pemilik wallet berjumpa dengan beliau ataupun pihak...
Published 09/26/23
Islamikkah sebuah sistem pendidikan jika sendi-sendi yang mengoperasikan pendidikan itu bersalahan dengan prinsip-prinsip Islam? Misalnya: Katakanlah kaedah peperiksaan yang kita pakai meletakkan keputusan bergantung kepada markah peperiksaan akhir tahun. Seorang murid yang cemerlang sepanjang tahun mendapat markah rendah kerana semasa peperiksaan akhir tahun beliau kurang sihat dan ada masalah keluarga. Akibatnya, dia kehilangan peluang mendapat biasiswa. Adakah keadaan itu selari dengan...
Published 09/08/23
Orang yang berhijrah ke negara lain tidak sayangkan tanahairnya, tidak patriotik, malah pengkhianat! Benarkah begitu? Kata orang putih, "love is a verb". Cinta itu adalah kata perbuatan. Cinta tidak punya apa-apa makna jika ia hanya slogan kosong dan sentimen membuta tuli semata-mata. Memang benar, setiap orang yang berhijrah itu ada sebab-sebab peribadi masing-masing. Tetapi itu tidak bermaksud mereka tidak sayangkan tanahair. Sayangkan seseorang, kita buat benda yang memberi manfaat dan...
Published 08/31/23
Kalau boleh kita mahu ada standard tertentu sebagai 'baseline' kehidupan bermasyarakat. Kita malu orang agama bergaduh, malu industri buku agama dan ilmu berkrisis, malu melihat orang politik bercakaran. Tetapi hakikatnya, realiti kehidupan tidak pernah ideal menurut standard berkenaan. Tiada yang baharu. Seawal beberapa tahun pasca kewafatan Nabi Muhammad ﷺ umat ini sudah perlu berhadapan dengan 'krisis paling memalukan' apabila generasi yang dididik oleh Baginda ﷺ sendiri terjebak di...
Published 08/09/23