Episodes
Published 05/09/21
"Nabi Muhammad SAW ketika memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan memilih fokus beribadah, mengisi malamnya dengan ibadah, dan membangunkan keluarganya untuk ikut beribadah," (HR Bukhari). Kemenangan Ramadan pula akan diraikan pada 1 Syawal dalam perayaan Aidilfitri. Etika dan adab perayaan harus dititikberatkan. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Ahmad Nizzam Rasali dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
Published 05/09/21
Masjid sering disebut masyarakat sebagai rumah Allah s.w.t yang berfungsi untuk menunaikan ibadah solat bagi umat muslim. Tempat ibadah umat muslim ini, juga sering dimanfaatkan untuk proses belajar mengajar pendidikan Al Quran atau Ngaji. Masjid dinilai memiliki peranan yang begitu penting terutamanya dalam bulan Ramadan. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
Published 05/08/21
Saidina Ubadah bin Somit R.A telah bertanya kepada Nabi S.A.W tentang Lailatul Qadar. Lalu Baginda S.A.W bersabda: "Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramdan pada sepuluh malam yang akhir. Sesungguhnya Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir daripada bulan Ramadan. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Azmarul Husnika dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
Published 05/07/21
Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Ahmad Nizzam Rasali dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
Published 05/06/21
Allah s.w.t memerintahkan setiap manusia untuk bertakwa setiap masa. Bukan mudah untuk menjadi orang yang bertakwa kerana sifat ni menuntut seseorang itu untuk mengosongkan hati daripada sesuatu yang melalaikan dan memenuhkan hati itu dengan penyaksian kepada Allah s.w.t. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Termizi (Penolong Pengarah Kanan, Masjid Putra Putrajaya) dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
Published 05/04/21
Jawatankuasa masjid dan jemaah adalah saling memerlukan di antara satu sama lain. Peranan masjid yang diketuai imam memberi impak yang penting terhadap kehidupan masyarakat sekeliling. Adakah masyarakat kita juga sedar mengenai peranan masjid dalam kehidupan harian mereka? Ikuti perkongsian bersama Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
Published 04/30/21
Kecelakaan jika tidak diampuni dalam bulan Ramadan berdasarkan hadis sahih mampu menjadi panduan kepada kita dalam menyempurkan ibadah puasa. Tazkirah ringkas ini mampu memberi kita panduan dan pengajaran dalam menjalani ibadah puasa yang sempurna. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Azmarul Husnika dalam SYOKcast istimewa Lebaran Ramadan.
Published 04/27/21
Sebagai seorang Muslim, setiap ibadah yang dilakukan adalah perlu memiliki tertibnya kerana ia perbuatan yang dimuliakan ketika menghadap Allah s.w.t. Adakah kita sudah cukup pengetahuan dan maklumat mengenainya. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Termizi, Penolong Pengarah Kanan, Masjid Putra Putrajaya, dalam SYOKcast istimewa Lebaran Ramadan.
Published 04/21/21