Episod 1 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Listen now
Description
Topik 1 akan meninjau perkembangan bahasa Melayu dari zaman silam hingga masa kini. Kita akan meninjau apakah halangan-halangan yang harus kita lalui sekiranya aspirasi dan wawasan bahasa ingin direalisasikan. Kejayaan sesuatu bahasa sebenarnya bergantung pada penutur-penutur bahasa tersebut. Sekiranya bahasa Melayu perlu didaulatkan setanding dengan bahasa-bahasa dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Cina atau bahasa Rusia, maka seluruh kepulauan Nusantara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan perlu sama-sama membantu memperkasakan bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa antarabangsa.
More Episodes
Topik 7 menumpukan kepada ragam bahasa dan bentuk-bentuk laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap laras yang dikemukakan ini akan dilampirkan dengan contoh-contoh sebagai panduan kepada pelajar.
Published 06/12/15
Published 06/12/15
Topik 5 akan memberi penekanan tentang analisis dan huraian tentang ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Analisis bahagian-bahagian ayat akan membolehkan kita mengenali binaan ayat, pola ayat dasar, frasa dan klausa. Kemampuan menggunakan ayat-ayat dengan berpandukan tatabahasa akan membolehkan anda...
Published 06/12/15