Episodes
Topik 7 menumpukan kepada ragam bahasa dan bentuk-bentuk laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap laras yang dikemukakan ini akan dilampirkan dengan contoh-contoh sebagai panduan kepada pelajar.
Published 06/12/15
Published 06/12/15
Topik 1 akan meninjau perkembangan bahasa Melayu dari zaman silam hingga masa kini. Kita akan meninjau apakah halangan-halangan yang harus kita lalui sekiranya aspirasi dan wawasan bahasa ingin direalisasikan. Kejayaan sesuatu bahasa sebenarnya bergantung pada penutur-penutur bahasa tersebut. Sekiranya bahasa Melayu perlu didaulatkan setanding dengan bahasa-bahasa dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Cina atau bahasa Rusia, maka seluruh...
Published 06/12/15
Topik 5 akan memberi penekanan tentang analisis dan huraian tentang ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Analisis bahagian-bahagian ayat akan membolehkan kita mengenali binaan ayat, pola ayat dasar, frasa dan klausa. Kemampuan menggunakan ayat-ayat dengan berpandukan tatabahasa akan membolehkan anda memahami dan menghargai pelbagai bentuk penulisan dalam bahasa Melayu.
Published 06/12/15
Topik 4 memberikan penekanan kepada penggunaan imbuhan-imbuhan yang sesuai dalam bahasa Melayu.
Published 06/12/15
Topik 8 membincangkan gaya dalam bahasa Melayu. Penggunaan gaya dalam bahasa Melayu ini haruslah digunakan tepat pada masa dan tempat, jika tidak bahasa yang anda gunakan mungkin menyebabkan orang tersinggung. Pengetahuan tentang gaya bahasa Melayu juga amat berguna apabila anda mengarang, tidak kira untuk urusan penulisan karya kreatif atau untuk kehidupan harian.
Published 06/12/15
Topik 2 melihat fungsi dan peranan bahasa Melayu dalam mendaulatkan bahasa. Dasar Bahasa Kebangasaan serta Akta Bahasa bertujuan mewujudkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan bahasa-bahasa asing yang telah melampaui batasan geografi, agama dan bangsa.
Published 06/12/15
Topik 6 memberikan penekanan kepada jenis-jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu. Perhatian juga akan diberikan kepada "Bentuk ayat tunggal" dan "susunan dalam ayat". "Bentuk ayat tunggal" dan "Susunan dalam ayat" akan menghuraikan bagaimana kita menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu pada tempatnya yang betul dalam ayat-ayat tunggal. Topik ini akan memberikan penekanan kepada konteks dinamik dan apresiasi bahasa. Sifat dinamik ini merupakan satu ciri yang mendasari semua...
Published 06/12/15
Topik 3 memberikan penekanan kepada sistem bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi di Malaysia dan di Indonesia adalah berteraskan bahasa Melayu dialek Johor-Riau. Dialek ini telah dipilih kerana mempunyai ciri-ciri bahasa yang standard dan diperakui oleh penutur-penutur dialek lain sebagai lebih bersistem, mudah dipelajari dan lebih mudah disebut. Bahasa Melayu dialek Johor-Riau ini telah berkembang berasingan antara Indonesia dengan Malaysia. Topik ini akan memberikan...
Published 06/12/15