Episodes
Episod 5 membincangkan mengenai peperangan menurut Islam. Antaranya ialah pandangan Islam terhadap peperangan, tujuan peperangan dibenarkan serta etika dalam peperangan. Topik ini turut menjelaskan peranan dan ketokohan Baginda sebagai ketua turus angkatan tentera.
Published 10/12/15
Episod 7 membincangkan mengenai pengertian dan konsep usahawan dalam Islam. Ia turut mengupas aktiviti keusahawanan yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. meliputi sifat seorang usahawan melalui sorotan hadis dan Al-Quran.
Published 10/12/15
Episod 4 membincangkan berkaitan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang pengurus dan pentadbir. Ini melibatkan beberapa prinsip utama yang dipraktikkan oleh baginda dalam pengurusan serta pentadbiran negara seperti syura, keadilan dan kebebasan bersuara dan memberi pendapat. Di samping itu, topik ini turut melihat aspek pengurusan dan pentadbiran dalam membuat keputusan, perancangan serta sistem, pengarahan dan kawalan.
Published 10/12/15
Episod 3 membincangkan berkaitan peranan ketua dalam Islam, kriteria seorang ketua melalui sorotan sirah Nabi Muhammad s.a.w. dan penelitian terhadap kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dalam menyelesaikan isu yang timbul serta pengendalian beberapa operasi.
Published 10/12/15
Episod 2 membincangkan peranan Nabi Muhammad s.a.w. dari aspek kemasyarakatan iaitu baginda sebagai suami, bapa, mertua dan anggota masyarakatnya.
Published 10/12/15
Episod 8 membincangkan mengenai konsep kaunseling dalam Islam meliputi ciri seorang kaunselor Muslim di samping mengemukakan sifat-sifat mulia Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang kaunselor.
Published 10/12/15
Episod 1 membincangkan berkaitan kisah kehidupan awal Nabi Muhammad s.a.w. bermula dari kelahiran Baginda, zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Perbincangan seterusnya difokuskan kepada sejarah permulaan wahyu Nabi Muhammad s.a.w. melalui peristiwa di gua Hira', kisah kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. serta seruan awal dakwah Baginda.
Published 10/12/15
Episod 1 membincangkan berkaitan kisah kehidupan awal Nabi Muhammad s.a.w. bermula dari kelahiran Baginda, zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Perbincangan seterusnya difokuskan kepada sejarah permulaan wahyu Nabi Muhammad s.a.w. melalui peristiwa di gua Hira', kisah kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. serta seruan awal dakwah Baginda.
Published 10/12/15