#MenganyamNusa: Dari Dilema Melayu ke Bangsa Malaysia | Kawah Buku x Institut Nyala
Listen now
Description
Sebahagian masyarakat Malaysia membenci Mahathir. Bagi mereka, Mahathir adalah punca segala yang salah dan silap pada Malaysia hari ini. Sebahagian lagi menyanjungi Mahathir. Bagi mereka, segala kemajuan infrastruktur, pembangunan dan kemodenan Malaysia pada hari ini adalah hasil buah tangan Mahathir. Sosok enigma yang tidak mudah untuk dikategorikan secara perduaan (binary). Hitam, putih, kelabu dan warna-warna lain tersulam di dalam anyaman biografi seorang Mahathir. Tapi suatu hal yang jelas ialah Mahathir adalah gergasi politik Malaysia. Legasi beliau baik yang positif, mahu pun negatif sudah terpahat kejap dalam perjalanan sejarah Malaysia. Bermula sebagai seorang nasionalis Melayu, Mahathir kemudiannya diberi amanah untuk menerajui Malaysia bukan sekali, tapi dua kali. Sepanjang tempoh Mahathir memimpin Malaysia sebanyak dua kali itu, keperluan untuk mengimbangi antara dilemma Melayu yang digeluti beliau dan Bangsa Malaysia yang dicitakan beliau adalah antara kerumitan yang tak terselesai. Justeru, wawancara khas ini akan cuba merungkai beberapa jalur anyaman yang tersulam di dalam idea yang mendasari pemikiran Mahathir, khususnya mengenai persoalan dilema Melayu, Bangsa Malaysia, identiti kebangsaan, keseimbangan ekonomi antara kaum, hubungan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, sistem nilai masyarakat, korupsi dalam politik Malaysia, serta pergulatan antara Islam dan politik. Apakah idea dan pemikiran Mahathir masih relevan atau sudah usang atau memerlukan pengubahsuaian, sama-sama kita nilai dengan kritis menerusi wawancara khas bersama beliau ini. Wawancara bersama Tun Dr. Mahathir dikendali sepenuhnya oleh Azan Safar dan Ruhan Shahrir dari Kawah Buku, pada 18 Ogos 2021. Penghargaan turut buat Perdana Leadership Foundation dan pasukan Tun Dr. Mahathir yang telah membantu menjayakan sesi wawancara ini berlangsung.
More Episodes
Memahami orientasi agama yang mewarnai kehidupan keberagamaan kita mengundang kemampuan melihat dinamika sejarah, politik, ekonomi dan budaya yang melatari kefahaman dan kecenderungan tertentu. Menilai kritis orientasi yang mundur, sehingga menggagalkan kefahaman kemanusiaan yang universal dan...
Published 04/25/24
Masyarakat luar dilihatnya sering memugar idea-idea guru bangsa mereka. Kalau di India, Romila Thapar terus dibincangkan. Di Iran, Ali Shariati juga sama, berterusan dibincangkan. Kenzaburō Ōe di Jepun berterusan diangkat. Dan Indonesia juga sama. Maka, Siri Syarahan Guru Bangsa membawa semangat...
Published 11/01/23
Published 11/01/23