Episodes
Masyarakat luar dilihatnya sering memugar idea-idea guru bangsa mereka. Kalau di India, Romila Thapar terus dibincangkan. Di Iran, Ali Shariati juga sama, berterusan dibincangkan. Kenzaburō Ōe di Jepun berterusan diangkat. Dan Indonesia juga sama. Maka, Siri Syarahan Guru Bangsa membawa semangat yang sama. Ikuti temu bual Bersama Faisal Tehrani mengenai hala tuju dan tujuan utama penganjuran kuliah kolektif ini. --- Send in a voice message:...
Published 11/01/23
Dalam Siri Israel-Palestin (Bahagian II), kita telah mengungkapkan bagaimana idea Zionism digerakkan melalui kerja-buat yang tersusun menerusi strategi dalaman dan strategi luaran yang melibatkan penggunaan jaringan Zionist dengan sumber kuasa Imperialis pada waktu itu iaitu British. Dari dukungan kuasa imperialis British yang diperolehi menerusi pelbagai cara serta kelicikan dan kecekapan membaca politik semasa zaman itu dan kemunculan momen-momen sejarah yang dimanfaatkan oleh Zionist...
Published 10/09/23
Published 10/09/23
Dalam Bahagian I, yang meracik "Permasalahan Nasionalisme Irredentis", suatu pendekatan teoritis dan konsepsual dikutip melalui analisis sosiologi-sejarah telah dibincangkan buat memahami kelahiran sebuah idea yang menjadi dasar, asas dan sumber kekuatan kepada penjajahan Israel ke atas tanah air Palestin. Idea tanpa gerakan tidak akan menjadi kenyataan. Gerakan tanpa idea hanya akan membawa kepada kebuntuan. Israel adalah sebuah projek negara-bangsa moden yang "berjaya". Dari tiada menjadi...
Published 10/09/23
Israel-Palestin adalah sebuah tragedi kemanusiaan yang tak terselesai sehingga ke hari ini. Israel sebagai sebuah entiti politik menjadi "negara" pada tahun 1948 dalam suatu proses sejarah yang panjang, berliku dan penuh darah. Korban kepada kelahiran Israel adalah Palestin. Diberikan hanya sekadar status "negara pemerhati bukan anggota" oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 2012, perjuangan rakyat Palestin untuk merebut kembali tanah air mereka berterusan. Meneropong dari kacamata teori...
Published 10/09/23
Gerakan Reformasi selalu terlihat sebagai sebuah gerakan yang beridentitikan kepada sosok Anwar Ibrahim. Namun ia sewajarnya tidak berhenti di situ sahaja. Gerakan Reformasi adalah sebuah titik penting perubahan dalam lanskap sosio-politik negara ini. Gerakan Reformasi bukan hanya sebuah gerakan politik namun telah menjadi pemangkin kepada pembentukan aktif tenaga-tenaga sosial baharu seperti organisasi masyarakat sivil dan perkumpulan kolektif yang kemudiannya menjalar dalam mengubah idea,...
Published 09/29/23
Abdullah Munshi tidak ternafi adalah seorang sosok cendekiawan bangsa. Namun polemik seputarnya sentiasa ada. Terbaharu, Abdullah Munshi digelar sebagai khadam penjajah oleh seorang tokoh politik Malaysia. Persoalannya, apakah perspektif yang tepat untuk kita mengerti, siapakah Abdullah Munshi yang sebenarnya? Khadam penjajah atau guru bangsa? Dalam syarahan ini, Dr. Faizal Musa (Faisal Tehrani) merincikan kesosokan Abdullah Munshi dan sisi-sisi beliau daripada sorotan karyanya dan...
Published 09/26/23
Dalam episod ini, Azan Safar menemubual Syed Husin Ali, penyusun dan penulis buku baharu terbitan Pusat Sejarah Rakyat yang berjudul Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat. Menerusi buku ini, dihimpunkan 28 orang tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia meliputi segenap dimensi masyarakat, yang kebanyakan mereka adalah di luar kerangka sosok pejuang yang arus perdana. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
Published 08/08/23
Ilmu Mandiri tidak tergagas untuk berhadapan satu-satunya eurosentrisme, tetapi juga melawan dan membebaskan segala bentuk orientasi kekuasaan yang memasung alam fikir masyarakat di negara jajahan. Selain teori, metodologi ilmu yang berteraskan kaedah ilmiah semata juga telah mengucilkan tradisi intelektual peribumi yang lebih luas. Pengiktirafan yang selalu ditagih dari Barat menambahkan krisis keilmuan dalam ranah ini. Ilmu Mandiri akan sentiasa berhadapan kekangan sementelah institusi dan...
Published 06/22/23
Eurosentrisme yang menggarisbawahi sistem pendidikan bekas negara jajahan memberikan dampak manipulatif dalam proses penghasilan ilmu di rantau ini. Eurosentrisme bukan sahaja telah 'mengetepikan' dan 'mendiamkan' gagasan keilmuan peribumi malah ia juga mengasingkan ahli cerdik pandai peribumi daripada tradisi intelektual mereka sendiri. Maka Ilmu Mandiri tampil sebagai sebuah gagasan untuk membereskan manipulasi dan membetulkan kembali lensa alam fikir kita yang kabur berkiblatkan sumber...
Published 06/22/23
"Buku adalah wasilah," ujar Abang Rosli Ibrahim, dan dia mula membibit dalam sedu, kisah si ayahnya membawa pulang buku yang dikutip dari tong sampah untuk anaknya membaca. "Apa sahaja yang kau lalui, harus ada cinta kepada pengetahuan," ujarnya lagi, dan untuk Abang Rosli, ayahnya adalah intelektual sejati. Sosok ayahnya, saban seusai menarik beca, akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli buku dan akhbar untuk anak-anaknya membaca. "Ramai orang membaca, tetapi tidak merasa gelisah,"...
Published 10/05/22
#PRNJohor melabuhkan tirai, dengan Barisan Nasional kembali ke tampuk kuasa pemerintahan yang membawa bersamanya lebih 2/3 bilangan kerusi DUN. Dalam siri #MeracikIsu kali ini, Koi, Azizi, dan Azan bersama-sama membuat sorotan dan menganalisa fenomena politik negara, masa depan politik Melayu, keberantakan etnik dan undi, dan persoalan-persoalan seputarnya. Analisa yang diperikan melalui sudut pandang sosiologikal menjadi landasan perbincangan dalam memberi faham bagaimana operasi politik...
Published 03/24/22
Temasya #MenganyamNusa melabuh tirai dengan wawancara khas bersama Tun Dr. Mahathir pada 16 Sept. Untuk menutup, Azan Safar dan Teo Lee Ken, masing-masing mewakili Kawah Buku dan Institut Nyala—pekumpulan di belakang temasya ini, duduk bersama dan menyorot kembali keseluruhan temasya bermula dari perbincangan bersama kumpulan Orang Asli, seterusnya ingatan ratifikasi Perlembagaan Malaysia, dan tentang muzik, sastera, serta hal-hal berselirat dengan identiti kebangsaan.
Published 09/30/21
Sebahagian masyarakat Malaysia membenci Mahathir. Bagi mereka, Mahathir adalah punca segala yang salah dan silap pada Malaysia hari ini. Sebahagian lagi menyanjungi Mahathir. Bagi mereka, segala kemajuan infrastruktur, pembangunan dan kemodenan Malaysia pada hari ini adalah hasil buah tangan Mahathir. Sosok enigma yang tidak mudah untuk dikategorikan secara perduaan (binary). Hitam, putih, kelabu dan warna-warna lain tersulam di dalam anyaman biografi seorang Mahathir. Tapi suatu hal yang...
Published 09/30/21
Apakah pernyataan sikap yang sepatutnya kita ambil untuk meneruskan perjuangan meletakkan nama negara di persada antarabangsa ini? Apakah kita hanyalah mahu mengucapkan "merdeka, merdeka, merdeka" beberapa banyak kali sambil mengibarkan bendera Malaysia? Sepertimana kita melakukannya  beberapa kali pada tahun-tahun sebelum ini? Sekadar mengulang sebelum-sebelum ini? Tanpa mengambil sikap menyatakan bahawa kita mesti mendapatkan maksud "merdeka" itu?  Atau cukup sekadar mendapatkan maksud...
Published 09/30/21
Kesedaran dan kepedulian masyarakat Malaysia dalam isu dan nasib OKU masih rendah. Kejadian terbaru di mana seorang atlet paralimpik Ukraine telah dikecam dengan dasyat oleh netizen Malaysia, termasuk hantaran-hantaran berupa penghinaan dan makian yang mempermainkan fizikal dan kecacatan atlet tersebut mencerminkan betapa runcingnya tahap pemikiran serta nilai masyarakat Malaysia dalam mendepani isu-isu OKU. Justeru itu persoalannya ialah mengapakah masih wujud nilai dan pemikiran yang...
Published 09/30/21
Muzik dan lagu tidak hanya berfungsi sebagai hiburan semata-mata. Bermula mungkin sebagai suatu persembahan buat entiti metafizik yang dianggap sebagai maha kuasa samada dalam bentuk tuhan, dewa, makhluk ghaib atau semangat yang dipercayai oleh sesuatu komuniti itu, kini menerusi proses pemodenan masyarakat, muzik dan lagu juga telah menjadi sumber peluahan ekspresi diri individu, bahan komoditi perdagangan dan perniagaan, produk pelancongan, alat kuasa lunak (soft power) serta identiti...
Published 09/30/21
Perlembagaan merupakan undang-undang asas dan sumber tertinggi perundangan bagi sesebuah negara moden. Perlembagaan menyediakan corak kerajaan dan perincian kepada pengagihan kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan had-had kerajaan ke atas yang ditadbir. Undang-undang asas ini yang ada dalam kebanyakan negara telah berkembang melalui proses sejarah yang panjang dan boleh dijejaki ke masa silam. Pada zaman moden perlembagaan adalah suatu penyataan perwakilan kepada keinginan kolektif rakyat....
Published 09/29/21
Catatan sejarah merekodkan Orang Asli mempunyai kedudukan penting dalam unit politi keRAJAan Melayu sebelum kolonial menjarah Tanah Melayu. Peranan penting yang dimainkan dalam membekalkan sumber alam kepada orang Melayu untuk didagang menjadikan orang darat dan orang laut menjalin kerjasama yang istimewa bersama pembesar keRAJAan pada ketika itu. Pada suatu ketika juga, Orang Asli mempunyai kedudukan yang tinggi dalam struktur kepimpimpinan masyarakat, seumpama Biduanda Waris di Negeri...
Published 09/29/21
Siri #MenjadiMalaysia memasuki bahagian terakhir bersama Dr. Alinor dalam membincangkan kerajaan Champa, dengan perbincangan dimulakan pada topik mengapa kajian mengenai Champa mengundang risiko dari sudut politik antarabangsa. Hal ini dijelaskan oleh Dr. Alinor, akan sejarah gerakan pemberontakan dan kemerdekaan Champa dari negara Vietnam. Perkara ini telah mengundang kesukaran buat para pengkaji khususnya, apabila kajian-kajian mengenai Champa tidak mudah dilakukan dalam negara Vietnam,...
Published 05/21/21